Wednesday, September 3, 2003

Yesterday I really cried my heart out for the first time while talking on the phone with abang Az**. I still love him, I had told him that. He is too.



Malam ahad lepas abang Az** called cakap nak datang ke rumah. Mak cakap malam tu tak boleh (sebab papa mak nak datang). Dia tanya kenapa, mak cuma cakap tak boleh. Last-last I had to tell him the truth, that someone new has come into my life. Tapi mak tanya dia samada dia masih mahukan mak, sebab kalo nak ikutkan hati dan perasaan mak, mak masih menyayanginya. Tapi dengan syarat, kata mak.



Dia mestila membuat perkara-perkara yang pernah dilakukan ketika mula-mula dulu. Tak macam kebelakangan ni di mana dia jarang menelefon, langsung tak berjumpa mak dsb. Dia cakap, macamana pula orang baru dalam hidup mak itu. Mak cakap, kalau dia benar-benar masih mahu bersama mak, mak boleh memutuskan perhubungan mak dan papa mak (boleh ke?). Abang Az** mengambil keputusan untuk "melepaskan" mak, tapi mak percaya bukan dengan kerelaannya.



Yang peliknya, semenjak hari itu, tiap-tiap hari dia menelefon mak, bertanyakan khabar, dan sebagainya. Dan setiap kali dia akan mengajukan soalan berkenaan papa mak. Dia terangkan yang dia ingin berkawan dengan mak. Malam semalam dia call lagi. Kami berbual seperti biasa. Kami tidak pernah membincangkan apa yang telah terjadi dengan perhubungan kami selama ini. Tapi malam semalam semuanya berubah.



Abang Az** meminta maaf kepada mak kerana telah melukakan hati mak. Dengan perubahan sikapnya, dia sedar, dia yang telah berubah. Dia bertanya samada mak ingin berjumpa dengannya lagi. Ya, kata mak. Mak masih sayang kepadanya. Tapi kenapa dia sanggup menipu, mak dengan janji-janji yang tidak akan ditunaikan olehnya. Selama ini saban hari mak menangis menanggung kerinduan kepadanya. Dan pada waktu itu, air mata mak tidak dapat lagi dibendung dan mak telah menangis dan menangis.



Abang Az** meminta mak supaya jangan menangis, kerana air matanya sendiri sudahpun tergenang di dalam matanya. Dia tidak boleh melihat atau mendengar orang lain menangis. Tapi dia masih tabah kerana nada suaranya masih dapat dikawal, tidak seperti mak yang tidak dapat membendung perasaan ini lagi. Dia berjanji akan berjumpa mak malam minggu ni, tapi mak katakan kepadanya supaya jangan masih mahu mempermainkan perasaan mak sepertimana yang telah dilakukan sejak kebelakangan ini. Mak masih menangis. Dia berjanji dengan sepenuh hati yang dia akan berjumpa dengan mak minggu ini. Dalam masa yang sama, dia selitkan gurauan. Gurauannya yang selama ini mak rindui.



Dia meminta mak berjanji kepadanya supaya tidak akan menangis bila berjumpa dengannya nanti. Dia tidak boleh melihat mak menangis di depannya nanti. Sekiranya mak menangis nanti, dia akan pergi. Mak berjanji, tapi mampukah mak membendung perasaan mak nanti? Adakah ia merupakan perjumpaan terakhir kami berdua? Satu persoalaan yang akan terjawab malam itu nanti.