Thursday, October 2, 2003

Mak tension sangat semalam. I was supposed to pick up my new dress yang mak tempah kat kawan mak ni la. Dah lama tau mak hantar kain tu kat dia, adalah dalam tiga bulan yang lepas!!! Dalam 2 minggu lepas, dia call, dia tanya, bila mak nak ammik baju tu, and mak cakap, mak punya function first week of october (this saturday). So dia cakap, dia dah potong dah, cuma nak confirm ngan mak la bila nak ammik, and then dia cakap date yang mak kasi masa tempah dulu sept. 29 which is supposed to be last monday. OK la kan...



So, minggu lepas pulak dia call lagi cakap dia terpaksa ubah fashion tu sikit and mak pun cakap la ok, tapi mak nak dia biarkan bahagian dada mak terdedah la sebab senang nak pakai accessories nanti. So, dia cakap, boleh. And then dia suruh mak datang hari Rabu (semalam) try baju and ammik sekali. OK...



So semalam petang kat opis, mak call HP dia, terus dapat message, ok, mungkin dia tengah guna HP ke apa. Pas tu, later-later, mak cuba sekali lagi, message lagi. Hmmm... sesuatu nih. Mak pun SMS dia, "Baju mak dah siap?" Tapi takde jawapan. OK...



So mak ambil keputusan nak terus pergi ke kedai dia, mak pun ajak kawan mak Shasha. Lepas opis, mak pick-up Shasha kat belakang hotel Grand Season, and terus gi kedai dia. Pergi-pergi tengok kedai dia tutup!!! Kitorang tanya makcik kat kedai sebelah, dia cakap, hari sebelumnya bukak, tapi hari ni tutup. Kawan mak ni selalunya tutup kedai hari Isnin. So mak pun cuba la banyak kali call HP dia, but to no avail. Takde ring langsung, terus message. And then, ada sekali tu mak dapat ring tone, tapi tak jawab, terus sampai masuk ke voicemail. Hmmm... terus mak tinggalkan pesanan yang agak pedas sikit la. Mak suruh dia call mak balik, tapi harammm!!! Sampai ke pagi ni, phone dia masih "message" lagi.



Macamana ni??? Kalau tak siap, at least bagitahu la mak kan, jangan buat silence treatment macam ni. And I only have 2 days left until Saturday. Mak dah berangan dah nak vogue malam tu nanti. Yang bengang sangat tu, mak very the tak boleh terima alasan "tak siap" sebab mak hantar kain tu 3 bulan yang lepas!!! Nak buat alasan, takut mak tak bayar kalo dia dah siapkan baju, tak logik pulak, mak bukannya jenis pondan sangkak, tak berduit. Apala salah mak kat dia yang dia buat mak macam ni??? Nak cari baju lain/tempah, mana ada masa lagi??? Gerammmmmnyaaaaaaaaaa!!!



Tengah hari ni, mak plan ngan Exora nak gi kedai dia lagi. Kalau takde, kami nak pergi ke rumah dia, and kalau takde lagi, ke rumah parents dia. At least tell me what's going on with my "baju" tu!!!!