Tuesday, March 2, 2004
Abang A ni kan very the suka nak memainkan perasaan mak tau. Geram betul mak. Hari Sabtu lepas, dia call mak. Dia tanya la samada mak marah ke kat dia sebab tak call. Mak cakap, "habis tu abang ingat apa?" Dia cakap, dia rasa mak marah kat dia la. Tahu pun, kata mak.
Lepas tu dia tanya la buat apa malam nanti, bla bla bla. Mak pun terus la tanya dia, "kenapa? Nak datang rumah saya ker?" Dia balas, "nak projek boleh?" Mak pun ok jer la. Entahla dek non sumer, mak masih "suka" kat abang A ni lagi. Pelik kan? Tapi mak tahu, mak takkan biarkan perasaan mak ni "hanyut" disebabkan dia. Mak tak anggap dia sebagai laki lagi dah, cuma biasa jer.
So, malam tu, mak ngan J pergila ke rumah member kitorang kahwen kat Bandat Sri Permaisuri. Kitorang cubala nak ikut map yang disediakan, tapi very the kak nam punya petunjuk jalan. Map dia memang tak betul. Lepas tu terlajak kami ke area stesen BP Bandar Tun Razak, nak menghala balik ke MRR2 tu. Tetiba depan keta mak ada satu trak askar yang kecik. Mak tak pernah tengok trak macam tu. Tapi dalam tu ramaila jugak abang-abang ask.
Bila diorang nampak kitorang, diorang dah melambai-lambai suruh pergi dekat kat belakang trak tu. Mak pun ikut jer la, tapi sambil tu mak nak cari tempat nak buat U-turn. Diorang for sure dalam perjalan nak balik ke kem Sg. Besi kut. Mak pun macam tak menghiraukan sangat la diorang sebab kitorang kan dah lambat nak ke majlis tu and sesat lak tu.
Kat satu simpang yang boleh buat U-turn tu, mak tengok trak tu pun kasi signal nak ke kiri. Sesuatuh nih. Pas tu trak tu masuk kat kawasan perumah ni. Mak pun ikut sebab nak cari jalan keluar. Depan sikit adala orang buat kenduri kahwen. Mula-mula mak ingat abang² ask tu ke sana sebab nak menolong orang kahwen tu, tapi trak tu tak berhenti la pulak kat situ. Aiyooo... sesuatu ni. Pas tu trak tu masuk ke simpang sebelah kiri, mak teruskan perjalanan.
Tetiba mak nampak sorang jantan can do ni tengah lepak sensorang kat depan rumah, so mak pun suruhla J mintak direction nak ke tempat yang kami nak pergi tu. Dari rear-view mirror keta mak, mak nampak la trak tu berhenti tepi jalan, kasi signal. Tetiba, trak tu boleh buat U-turn ni, patah balik ke tempat kitorang berhenti tu. Hmmm... dah sah-sah la diorang nak mengusha kitorang. Bila trak tu passed my car, mak lambai kat diorang, ada respond. Pas tu trak tu buat U-turn balik kat depan tu and patah balik ke arah kitorang. Tapi mak rasa abang² ask tu segan nak berhenti sebab ada ciktan kat keta kitorang. So, diorang pun terus bla dari situ.
Tak kisah la kan, sebab kitorang bukannya nak cur ke apa. Tujuan utama sekarang nak cari jalan ke rumah kawan mak tu. J tengah sibuk berbual dengan ciktan tadi tu pasal direction. Mak tengok abang tu very the cando, muka kampung, ada goatee berbagai. Badan pun not bad. Pas tu cara cakap dia ada loghat ganu kut, mak rasa la. Teringat mak kat abang A kejap. Tapi kitorang takla exchange phone numbers ke apa, cuma mak tanya dia jer, "abang tinggal kat sini ker?" Dia jawab yer. Well, at least kitorang tahu mana dia tinggal kan? Sempat kan??? Hehehehe...
At last, kitorang berjaya sampai ke rumah pengantin tu. Hazab!!! Dah la nak parking keta pun hazab nauzubillah. Bila kami sampai ker, pengantin pompuan tengah tunggu ketibaan pengantin lelaki. So, mak ngan J pun pergila kat tempat diorang tunggu tu. Mak tolong bawakan hadiah orang untuk diberi kat kawan mak tu. At least takla datang ngan tangan kosong. Teruk kan mak??? Dah la tu mak pakai casual jer, yang J pulak siap berdress-dress berbagai nih. Kalau mak tahu dia nak pakai dress, harus mak pakai dress jugak, tapi takpa la. Ada gak pepuksis yang pakai jeans and blouse jer. Takpa, janji muka meletops, and rambut ala-ala teknik rebonding.
Kawan mak yang mengandam pengantin tu sibuk memuji cik kap mak cantik and rambut human hair mak very the "au-natural" gituh. Yer la mana taknya, mak baru lepas iron rambut tu. Very the rambut "Wilma" dalam "Secreto de Amor" gituh. Yer la kan, human hair boleh diironkan, kalo wig yang synthetic tu, mahu terbakar lak nanti.
Sambil menunggu pengantin lelaki, mak ngan J pun gi makan la dulu. Memandangkan kitorang sampai dah lewat sikit, lauk pun tinggal tak seberapa, tapi cukupla untuk mak alas perut, bukan nak melantak pun. Tengah mak duduk makan, abang A call. Dia cakap, dia mungkin lamabat sikit sebab ada jamuan habis kursus katanya. Kosser mak jantan ni. Mak tanya lambat tu pukul berapa, dia cakap tak tahu lagi. Nanti dia call bila dah habis. Mak bengan jugak masa tu. Yerlakan, mana leh lambat-lambat, nanti nak ammik papa. Mak pun cakap, "apa-apa la bang, dah sudah nanti call saya." Geram betul mak!!!
Masa kitorang tengah makan tu adalah sorang abangda bermisai ni assikla memandang mak ngan J. Pas tu dia datang berbual ngan kami. Rupa-rupanya dia ni abang ipar kawan mak yang kahwen tu. Barula mak tahu, yang kawan kitorang tu ada ramai kakak, so, ramai abang ipar nih, tapi sumer pangkat abangda la. Abang tu duduk kat Penang. Pas tu tengah berbual, isteri dia datang, terus dia "tukar topik". Yerla sebelum tu dia macam "flirting" sket. Diorang tinggal kat Penang. Patutla ada loghat utara sikit. Tapikan, mak lebih taste ngan abang ipar dia yang lagi sorang tu. Sebab abang tadi tu tunjukla kat mak siapa tu, siapa ni. Kawan mak tu adik bongsu.
Lepas makan, J ajak gi tengok pengantin bersanding. Aiyooo... segan lak nak masuk sebab orang ramai. Dah la lampu putih terang. Bukan segan sebab muka sangkak ke apa, tapi sebab orang ramai. Tapi nasib baik diorang macam bukanla jenis kaknam². Even Azean Irdawati pun ada malam tu. Dah la malam tu cam panass semacam. Terpaksa kitorang ammik tempat bawah kipas. Sempat gak la bergambar dengan pengantin. Tak lama lepas tu kitorang pun beredar sebab tak tahan panass. Malam tu jenis malam yang humid gituh. Biasala, kalo mak dragoon, mak peka sangat dengan keadaan dan kelembapan cuaca. Mak dah tengok dah gambar mak malam tu, mak suka sangat gamabr tu, walaupun diambil dari jarak yang agak jauh sikit.
On the way nak ke... err tak tahu ke mana, literally, kitorang pun jenjalan kat KL. Sempatla passed by the infamous Jurassic Park, and chow kit (Teck Sin). Tapi J malam tu macam takde mood sebab petang tadi tu dia kehilangan HP. So, mak pun decide la nak ke cik sit. On the way ke cik sit, abang A called, dia cakap dia dah habis dah. Dia nak datang rumah mak, tapi dia cakap dia nak datang dengan kawan dia yang dulu tu. Mak bengang la sebab janji tadi dia sorang jer. Mak tak kuasa kalo dia nak bawak kawan ke apa. Dia cakap dia kena bawak kawan dia tu sebab takde transport. Mak cakap, kalo dia takde transport, mak leh ammik dia and hantar dia balik. Dia berkeras nak bawak kawan dia.
Mak pun cakapla kalo dia nak bawa kawan dia tu, kawan dia kena tunggu kat bawah apt. Takleh naik ke atas. Dia taknak. Mak cakap itu jer cara yang boleh. Dia tanya J kan ada, boleh dengan kawan dia tu. Terus mak cakap, J tak suka la dengan kawan abang tu. Dia macam terkejut. Pas tu dia cakap, kalau susah sangat, dia tak yah datang la. Kononnya dia nak psycho mak la tu. Mak pun terus jer la cakap, taknak sudah!!! Pas tu dia tanya, "habis tu abang nak kasi kopok awak tu?" Mak terus balas "tak payah la bang, abang kasi jer la kopok tu kat kengkawan abang tu!!!" Pas tu dia cakap ok, and terus letak tepon. Mamposs la situ, fikir mak. I don't want to give in to his demands. Dia ingat mak "suka" kat dia sampai mak nak terhegs-hegs??? Banyak lagi ciktan lain kat KL nih.
Nak sedapkan hati mak, kitorang pun lepakla kat parking depan gate besat Mindef tu. Pas tu mak teringat kat abang polis tentera yang cando bernama Ind***. Mak pun terus call dia... [bersambung]
Subscribe to:
Posts (Atom)