Thursday, December 2, 2004


Cerita Pendek (Tanpa Nama) - Bahagian Keenam



Aku tunggu teksi macam nak tunggu kucing nak meletup kepala. Yelah, Bukit Antarabangsa pulakkan. Hati aku dahlah macam sirap bandung, nafsu aku yang tak dapat dilepaskan dek keadaan yang begitu memilukan.



Aku perlu jantan, bukannya perempuan bermuka jantan. Jantan yang memang macho, yang boleh leperkan aku, walaupun aku penat, tapi puas. Nak harapkan barang aje yang baik, tapi naluri dia tetap mengalahkan aku. Aku yang gayboy ni. Dia pulak 'woman'? Pada aku tak sesuai langsung.



Lama jugak teksi ditunggu, barulah menjelma. Sepanjang waktu menunggu, kami tidak berkata sepatah perkataan pun. Aku gelisah, duduk tak senang. Pak guard yang melihatkan gelagat aku pun hairan mengapa aku berkelakuan ganjil.



"Call me bila-bila senang?" Aduka membuka mulut sewaktu dia membuka pintu teksi.



"Tengoklah" ringkas jawabku.



Tidak sempat dia memasuki ruang teksi merah putih itu, aku sudah memusingkan badan untuk pulang ke apartment mewahku. Tidak juga kutoleh untuk melihat pemergian Aduka balik ke Kajang. Pada aku musnah segala impian memuaskan nafsu serakahku.



Atas dorongan nafsu yang belum jugak puas aku hidupkan semula enjin kereta dan bergegas semula ke JP.



Setibanya di JP, aku biarkan keretaku bersadai dibalik lindungan gelap bangunan DBKL. Lagu Kylie Minogue ku pasang semula. Sambil mengetuk-ngetuk kecil jari jemariku di stereng kereta aku mengelamun.



"HOI PONDAN!" terkejut aku mendengar jeritan bersuara tinggi di telingaku.



Rupanya aku masih lagi di dalam keretaku di JP. Jelly dan Suza dengan senyuman bagaikan Miss Sabah mengetuk-ngetuk tingkap keretaku. Aku baru sahaja hendak membuka tingkap, dengan tiba-tiba Jelly melompat naik atas bonet kereta tu sambil pose manja. Suza hanya gelakkan gelagat kawan karibnya itu.



"Nok, apa kau buat kat sini hah? Cari jantan ke?" Suza menanyaku.



"Abeh tu aku cari belacanlah pulak? Bodohlah pulak kau kan?" sentapku.



"Abaaaaaaaaang.... marilah kat Genie, abang taste Genielah!" Jelly memecah keheningan malam di JP dengan suaranya yang suara perempuan tidak, suara lelaki pun tidak, bila dia melihat seorang lelaki bermisai dan berperut berjalan perlahan-lahan di perkarangan bangunan putih tersebut. Mungkin Jelly tidak bertepuk sebelah tangan, kerana lelaki tersebut mengamit kembali ke arah Jelly. Jelly tidak tunggu lama, dan berkata kepada Suza,



"Nok, apa-apa hal mak call kau ye...bubye..." dan dia meninggalkan kami berdua dan berjalan berlenggang kangkong ke arah lelaki tersebut.



"Hanjengkan pondan tu" bebel Suza. "Nok, apasal kereta kau ni macam senget sebelah?" Suza hairan, dan terus melakukan tawaf di keliling keretaku. "YA ALLAH Nooook..... tayar kau pancit ker???"



Aku terkedu sekejap. Keretaku tayar pancit di JP? Aduh! Reti ke aku nak tukar tayar ni? Aku datang sini nak cari jantan, tapi mengapa jadi begini? Aku bukannya ahli AAM, siapa boleh tolong aku ni? Nak harap Suza? Bukannya boleh harap makhluk tu.



Kalau kakak ku tahu mesti dia mengamuk. Bukan selalu aku boleh pinjam kereta dia. Fikiranku melayang.



Dengan keadaan begini, adakah aku perlu pulang terus ke rumah, atau masih mahu meneruskan niat pertamaku datang ke sini?....