Tuesday, February 15, 2005
Mek cuti semalam sebab ada emergency situation. And then semalam keluar dengan J and kawan we ol, Sally. Sally ni visiting KL from another town. Dulu memang tinggal kat KL tapi sekarang dah kira merantau la. Sally lepak kat apt sewa or kat rumah abang dia.
We went out quite early since I had to settle my emergency thingy. Seronok gak keluar pepagi nih. Peponens kuar pepagi buat errands. Ramai gaks la jantan kat tempat kitorang pergi tu. Memasing ada taste memasing.
And then later, Poyo called J to find out kitorang di mana. P cakap dia nak join kitorang during lunch time. Tapi at the same time, si Sally telah menelefon Al, 'laki' terbaru J, yang J kenal masa dia tengah krisis dengan Poyo tempoh hari. Sally suruh AL jumpa we ol masa tu. Actually, mek rasa mek belum pernah citer tentang Al ni. OK, here it goes...
Masa satu malam minggu tu, P and J bergaduh petang tu, so, P cakap dia nak biarkan J tinggal kat apt sewa tu sendiri, while he moves back to his parent's. So, malam tu, Poyo takde, so, mak, papa and J pun keluar la ke Bukit Star.
Masa tengah minum kat kedai mamak belakang BBoy tu, datangla sorang ponen cina kawan J bernama 'Cibai K' or CK from now. Entahla kenapa J panggil dia dengan nama itteww. Tapi kelakar la pulak kan.
CK ni nak kenalkan J dengan sorang jantan str8, yang kebetulan rapat dengannya. Dia cakap Al tu suka kat peponens but not gbs. Of course la kan, jantan la pulak. Nama jantan itu ialah Al. Melayu la ni ok, bukan mat saleh celup or chinua achebei. Dia cakap Al ni berkulit hitam manis, and berbadan tegap. Aiyooo... taste mak kan??? kata J. Memang kalo nak diikutkan, bila dengan badan tegap tu, J dah pandang mak dah, and kalo lah papa takde masa tu, memang dia dah kasi jantan 'Al' itu kat mak. Tapi masa tu kitorang tak tahu sapa lagi Al tu.
Memandangkan J telah bersetuju, CK pun terus tepon Al, yang kebetulan memang ada di area BBoy itu dan suruh dia datang ke kami. Kami pun menunggu dengan penuh debaran. Tetiba datangla sorang jantan ni, aiyoooo... memang taste mak sangat, J pun dah tahu dah, very the askar type, badan muskul u ols!!! Tapi, dia datang dengan seorang puk*. Hmmm... takkanla jantan ni pulak kan??? Tetiba, jantan tu trus datang and duduk sebelah CK, and puk* tu duduk di meja sebelah. Aikkk... sesuatuh!!! J pun macam, perlu ker nak kenalkan ngan dia jantan yang datang bersama seorang bohsis???!!! Mek pun ala-ala konpius, tapi, memang taste mak jantan tu.
So, borak punya borak, rupa-rupanya itulah Al. Aiyooo...bertuah badan J kalo dapat si Al tu. J pun setujula nak kenal ngan Al tu and diorang pun berbual. Barulah kitorang tahu yang puk* tadi tu, cumalah adik angkat Al, and Al ni mempunyai ramai adik angkat di area BB itteww. Tapi yang pentingnya, Al terus baik ngan papa nih. Samalah seperti masa Papa kenal Poyo first-first dulu, cepat serasi, and ada jer benda yang dibualkan. Jantan la pulak. Since Al pun mak rasa berkenan nak kenal ngan J, so, dia pun setuju ikut kitorang balik, selepas J mengajaknya.
Tak perlu la mak ceritakan apa yang telah berlaku. Common sense la kan. And the next day, the four of us went out for lunch walaupun pada mulanya kitorang ingat nak masak kat rumah. Tapi J takut Poyo akan tetiba muncul di rumah siang Ahad tu. J bagitau Al yang dia baru break dengan EX dia. Dah break-up ker??? Propahhh kan??!!! Yes, mak memang tatse kat Al ni and J knows about it, tapi mak ni jenis bukan nak celah bedah laki orang. Walaupun J jenis tak kisah, tapi mek dinch nak cels beds unless dia bebetul dah takde kene mengena ngan AL tu, tapi, mak ni AL's type ker kan?? Whatever la... yang penting, mak cuma terpaksa 'makan hati' jer la. Tapi malam tu, J cakap ngan mak, yang dia akan suruh Al bukak baju and lepak kat living room semata-mata nak kasi mak tgk badan Al yang muskul ittewww. Pandai pun J kan???!!!
So since that day, banyak yang telah berlaku. Poyo got to know about this Al guy sebab Al pernah kol J and Poyo jawab tepon masa tu. "Apa awak nak??? Ni laki dia laaa..." teriak J kepada Al waktu tu. And then kebetulan, J pulak ada store nama Al kat dalam HP dia, tula P tahu pasal Al tu, and bersumpah nak bantai si CK yang kenalkan mereka berdua ittewww. Hmmm... macam-macam laaa. Kehidupan J dan P ni penuh ngan drama. Eh-eh, mek pun sama dengan papa. Jadi sampai skang, kalo kuar dengan P skals, kami tidak akan ke Bukit Star sama sekali, sebab takut kejadian yang tak diingini berlaku. Yerla si P nak bantai CK and Al, manakala AL pulak nak tumbuk muka P sebab cakap kasar dengan dia hari tu masa dia tepon J tu. Aiyoooo...
OK, back to yesterday's story. Sally got to know about Al jugak last weekend. And J ada suruh si Sally pergi ke BB Saturday night and cari Al, and bagitau Al yang J mintak maaf pasal apa yang telah berlaku and suruh Al jangan kol J, biar J yang kol dia. So, Sally trus kol si Al semalam and ajak Al jumpa we ol. Mak pun mengapi-apikan dia, tapi J macam taknak. Nasib baik J sempat cakap ngan Al jangan datang sebab right after that, Poyo called J and wanted to join us. Phewwww...
Kitorang jumpa P kat Hospital T. Sebab Sally nak melawat laki dia yang tengah sakit tu. That's the reason why Sally is in town. Kebetulan, kat situ ada satu bangunan ni "Koperasi Tentera" u ols. And kat situ ada satu kedai makan. Aiyooo... ramai ni abang-abang asks beruniform waktu tu. Haruslaa kan, nak pinjam duit la kut??? So, kitorang pun ammik keputusan minum kat situ. Sally begitu bersemangat melihat abang-abang asks yang hensem beruniform memenuhi kawasan itu. Tak payah nak gi Mindef ke kem asks ke kan. Kat situ, sumer ada, darat, laut dan udara skals. And since masa tu office hours kan, so, ramai di kalangan mereka memakai uniform tentera mereka. Merembesss gak puks maks. Tapi mek control ayu jer laaa. Al-maklumla semi-drag jer. Tak macam J yang very the woms. Sally laks... hmmm... actually Sally ni gibek berjanggut berbagai, tapi modern style la. But very the campy one when he's with us.
Kami lepak kat situ sampaila Poyo bla nak sambung tugas. So, makin meriahla aktiviti kami kat situ. Adala a group of askar² muda ni, yang assikla memandang kami. Mak taste kat sorang tu bernama Azlan. Macamana mak tahu nama dia??? Dah sah-sahla dia memakai uniform hijau tua tu kan siap ngan name tag. Badan dia sedaps, tapi kulit cerah sket la. Diorang ni kan, memangla tak tegur kitorang ke apa, sebab tempat public kan. Lainla kalo kat kedai makan yang kat Mindef tu kan. Diorang pepandang and senyum jer, mak pun senyum la skals, tapi dinch berans lebih-lebih la. Tapi yang pentingnya, masa kitorang nak bla and jauh sket, barula nak lambai-lambai. Kosser kan!!! OK jugak kan kalo lunch kat situ sebab ramai abang asks dan jugak kakak asks. And then tempat tu for public, so, meriah la jugaks!!!
Lepas habis makan tu, on the way back to my car, terjumpala sorang ponen ni, kawan J. Ponen ni ada butik mengandam kat one of the shop houses berdekatan, so, kitorang pun pergila melawat. And it seems, ponen ni ada jugak membuka kelas solekan & mengandam. Mak macam sexcited jer bila mendengar pakej kelas solekan and andaman dia tuh. Macam nak masuk jer, and then, boleh buat duit sket kan. Sebab dia cakap, kalo dia ada kerja solekan, dia selalu pass kat student² dia jugak. Dapatla diorang tu duit lebih sket. And then, dia ajar buat pelamin skals, u ols!!! And then ada ammik exam skals, and dapat sijil dari Kryolan tau, jangan marah!!! Mengikut kata J, kalo belajar dari ponen tu memang elok, sebab make-up ponen tu very the gedebass!!! Hmmm... haruskah??? Ada tak antara u ols kat luar tu yang nak ammik course make up ni. Memang berpatutan. Kalo ada, you know where to 'find' me. He he he...
And then, kitorang gi ammik Al sebab J suruh dia datang lepas Poyo dah veramvoos. Oh, he looks more muscular and more handsome. Taste nyaaa... eh-eh, berangannya mak. Masa dalam keta tu, mak dan Sally, perli hubungan J dan Al. But secara kelakar la. Yerla, perhubungan diorangkan terbatas sebab Poyo masih ada, and plus the fact that, J still loves P a lot. So, they will just remain as frens for now, but a couple-type of fren la, whatever that means.
Lepas tu kitorang ke Bangsar, ke rumah seorang nenek ni yang pandai dalam kaedah-kaedah 'mak esah' etc. Takdela, si Sally nak buat ada sorang jantan ni, yang spedo dia, supaya tidak tinggalkan dia. Aiyooo kak nammm. Kat situ pun boleh mandi bunga skals. Mak macam nak jerr. Tapi mak hanya mintak nenek tu buatkan air 'buang sial' kat keta mak. Yerla, keta mak tu, ada jer problem skali-skala, yang memerlukan mak mengeluarkan duit. Tu la emergency situation semalam tu. Tak, jangan risau, bukan accident ke apa, cuma ada benda dalam keta tu yang rosak. Tapi mak saja jer la mintak air jampi nak buang sial keta tu. At the end, keta mak penuh ngan kulit limau and serat limaus. Nenek tu cakap, jangan cuci kereta for another 3 days, u ols. Sally pula akan ke sana semula hari ni untuk mandi bunga dan meletak susuk bunga. Sesuatuhh kan gibeks² skang!!! Tapi nenek tu very the open minded one laa... tak payah nak takut-takut cakap yang lelaki ke apa ke minat kat kita or vice-versa. Dia pahammm...
After that kitorang ke Chow Kit sebab Sally nak beli bunga-bunga. Hmm... Sally cakap ada jantan kat satu kedai tu assikla memandang mak. Aiyooo... canteqq ker mak??? Ahaksss... Then we went to SWP to have a drink and makan sket, then it's 'good-bye' for P and Al. Mak perli la cakap, "Cepat, korang nak berpeluk ke bercium ker, buat skang, sebab lepas ni 3 bulan korang takleh jumpa." But I do think that both of them could become such a lovely couple. Mak dan papa tak kisah sebab kitorang rapat dengan either P or Al. Cuma Al ni kenal ramai orang kat BB. So, when J and Al met for the first time, and became an item, sumer adik-adik kat area BB tahu u ols!!! Cepat sungguh berita itu tersebar mengalahkan kelajuan halilintar. Mulut adik-adik la pulak.
And then, when news spread that P dapat tahu pasal Al, and J macam taknak dengan Al sebab P, ramailah akak-akak veteran yang cuba mengusha Al u ols!!! Termasukla Kak N dan Mama D. Itu kata Sally laa... "Yer la, dia kan femes kat BB tu," perli J kepada Al bila sahaja kami bercerita pasal gelagat Kak N yang suruh Al ikut dia balik ittewww.
Memang seronok sangat keluar smalam. Assik gelak jer kitorang dalam keta dengan telatah dan kejian dan umpatan masing-masing. But of course, it was all for fun. Oh, btw, semalam ada sorang gb kut datang ke apt. sewa nak tengok bilik sewa. FYI, abg Azmi akan keluar by the end of the month. Ada sesapa cari bilik sewa??? Nak ker u ols duduk ngan peponens macam kitorang nih??? Kitorang kan ala-ala 'kafir', mengikut kata-kata kengkawan "Islam" kita yang hari-hari memenuhi ruangan tag board mak tu. Entahlaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)