Bersiap sedia u ols!!!
Semua orang tahu (macam lagu REM pulak) kan esok hari apa? Yes... Setiap Sabtu pertama di bulan Jun, Malaysia akan menyambut hari jadi Agong u ols!!!
Jadi sempena hari jadi Agong ni, akan berlangsungnya perarakan panji-panji oleh ketiga-tiga perkhidmatan ATM, yakni, Darat, Udara dan Laut.
Memandangkan, mek adalah seorang PSA, so, mak nak buat tribute lah untuk abang² perwira kita yang bertungkus-lumus membuat latihan tiap-tiap hari selama 2 minggu yang lalu. Tak kira panas terik, hujan, ataupun salji (ada ker??).
Kawad senyap ker nih??? Hikkk...
Kesian diorang u ols, sampai dahi diorang pun ada dua tone kaler sebab terpaksa berjemur ketika latihan. Yer la kan, diorang kena pakai uniform, so ada yg pakai songkok la, topi navy tu la etc. Tu yang legam tu muka diorang, tapi dahi yang kaver dek uniform tu, cerah jer!!! Mak tahu sebab mak dah tengok abang-abang navy tu dari dekat (oopssss!!!)...
Jadi, sempena kegigihan mereka itu, mek sajikan gambar-gambar abang² perwira kita untuk tatapan u ols sumer. Kalau u ols ada masa tu, singgahla ke Dataran Merdeka pagi esok untuk menyaksikan perarakan panji² tersebut.
Can do kan dengan uniform merah ni... mek tak pasti uniform nombor berapa nih, maybe Sherita boleh bantu??? hikkk
Abang tepi kanan ni macam tasty mek jer... bibir tebals u ol!!!
Nota: Gambar-gambar ini adalah ikhsan dari salah seorang pembaca blog mak ni. Beliau menggelarkan dirinya sebagai Venus_Vibe. Thanks a lot V_V!!!
Tentera Udara (Garuda)
Tentera Darat (Rimau)
Tentera Laut (Jerung)