Masa nak balik rumah semalam, mak dapat panggilan daripada nombor HP yang abang Az** guna untuk call mak hari tu. Ada suara lelaki yang tak dikenali. Dia tanya nak cakap dengan seseorang yang mak tak kenal namanya. So, mak pun cakap la, takde orang yang nama tu kat sini.
Suara lelaki tu macam dah berumur. Mak pun makin tertanya-tanya sebab masa tadi mak call, suara pompuan. So siapa ye mereka ni?
Malam tu abang Az** call. Awal gak, dalam 9 lebih. Seronok gilerr dapat dengar suara abang Az**. Dia cakap semalam dia tak call sebab kena pi kursus, balik penat terus tido. Entah ye ntah tidak tu. Whateverla, janji dia dah call. Pas tu mak tanya dia pasal nombor HP tu.
"Bang, siapa punya HP yang abang guna hari tu call saya?" Mak bertanya.
"Napa? Adik call nombor tu ke?"
"Takla, tadi orang tu call saya. Sapa dia tu?" Mak terpaksa menipu (sunat).
"Kawan abang," jawabnya.
"Lelaki ke pompuan?" tanya mak lagi.
"Lelaki..." katanya
"Betul ke lelaki?"
"Kenapa? Suara perempuan ke? Kalau tu wife dia la tu," jawabnya.
Hati mak terasa lega sedikit. Dia beritahu mak yang itu HP kawan dia yang sudahpun berkahwin. So kalo sora pompuan tu sora "orang rumah" kawan dia la. Ok, I accepted his explanation. Malas mak nak memeningkan kepala.
Mak tanya pasal malam Khamis ni kat abang Az**. Dia tak ingat pula pasal cuti "Labor Day". Dia kerja on Thursday. Mak tanya dia nak datang ke tidak. Kalau tak, mak nak gi clubbing. Tapi lepas tu mak pikir balik, mak nak dia datang, walaupun sekejap. Dia tanya mak, mak dah rindu ke kat dia? Perlu ke tanya? Mak cakap mak nak beri dia sesuatu. Hari tu mak ada pesan kat kawan mak yang pergi Langkawi, minyak wangi Sculpture yang susah nak cari kat Mesia ni. And then, the minyak wangi tu (homme), comes with an after-shave. So memandangkan mak tak pakai after-shave, so mak nak kasi dia la. Walaupun dia jarang shave, tapi dia shave jugak kekadang tu. Harus lepas ni laki mak berbau Sculpture.
Dia cakap dia tak sure lagi, tapi kalau datang dia kena balik awal sebab kerja esoknya. Mak tak kisah. Janji dia datang.