Thursday, November 13, 2003
Kelmarin (Tuesday) bila papa call, mak tanya dia la apa yang berlaku malam sebelumnya. Memang betullah apa yang mak sangkakan. Masa dia call malam semalam tu, mak cakap yang bukan-bukan. Masa tu memang mak tengah mamai. Papa cakap, mak marah dia call mak la, and then cakap kat dia jangan call mak lagi. Papa terus letak tepon masa tu sebab dia pun baran dengar mak cakap cam tu. Tapi dia sikit pun tak marah kat mak pasal tu, sebab masa dia call smalam dia tak sentuh pun pasal tu sampaila mak yang tanya dia balik. Best kan dapat laki cam ni.
Mak gi gunting rambut smalam ngan E dan Z. Yerla, rambut mak dah panjang kat blakang ni. Sebelum mak ditegur oleh HR Dept, sebab tempat kerja mak ni strict la jugak, baik mak pendekkan sikit. Baru la nampak ok sket. Potong sket, pas tu blow straight jer dah 15 henggett!!! Dahsyat kan??? Takkanla mak nak gi kat tempat gunting rambut jantan sebab mak dah "woman", segan laks mak nanti jejantanz kat situ pandang semacam lak nanti. Tapi ada jugak tukang gunting rambut yang cik pans kat area berdekatan panggung Colliseum dekat Jalan TAR tu. Dulu masa mak lom ammik hormon tu memang mak ke sana, tapi skang ni dah mem"bukit", segan laks nak ke situ.
Yang kak namnya, masa tengah gunting rambut tu la, si polan ni nak call, si polan tu call, si polan sinun call. Haiyoohhh!!! Masa mak free takde laks orang menalipon mak???!!! Geram betul.
Lepas tu mak pun pergila ke stesen Shell dekat kem Transit tu, nak isi minyak keta. Dah empty you!!! Keta baru ni kan kuat sangat makan minyak, full tank smalam, RM58. And then mak ke Esso laks, nak beli air minum, dahaga sangat. So ketiga-tiga pun keluar. Adala abang-abang polis muda dua orang tengah duty. Diorang memang round area tu naik motor, pas tu sain buku kat stesen Esso tu. Can do jugak dedua tu. Tengok abang-abang polis in uniform tu, teringat laks mak kat abang mampan polis (OIC) mak tu.
Oh ye, talking about him, hari tu mak ada call dia. Saja jer la, takde keje nak buat kan. Of course la, he still remembers me. Cara cakap masih seperti dulu, romantik gak. Bila mak tanya dia kat mana, dia cakap dia tengah kerja masa tu jaga orang bawak masuk barang dari Siam kat sungai Golok, sempadan Mesia/Siam kat Kelantan. Aiyooo... ala-ala ger ger laks mak mendengarnya. Dia cakap dia lengkap ni dengan senjata berbagai. Just thinking about it very der menaikkan nafsu mak. Kalau mak masuk Mesia bawak benda benda sesuatu dari Siam, kalau dia ada, mesti mak lepas punya kan??? Hehehehe...berangans!!! And then pulak ada sekali tu mak call, dia tengah kendalikan road block kat sana gak.
Dia suruh mak hantar kad raya kepadanya. So mak pun mintakla address dia, and dia kasik. Tapi bukan kat Rantau Panjang tu, sebab dia kat situ sementara jer. Dia punya kem kat Perak, so dia kasik la address dia kat sana. Hammik kau, siap ngan nombor Batalion la, Platun la apa la dan siap ngan nombor polis dia lagik tu. Pas tu dia mintak gambar mak skalik. Mak cakap boleh la considering I have his half naked picture kan and also one where he is in full uniform. Boleh buat bahan cikcap. Mampu ker mak cikcap skang nih??? Mak woman ok skang, takde mood nak cikcap cikcap nih. Lainlah macam ponen NyahAyue, very the nafsu mengalahkan jantanz gituh (jangan maree noks, mak gurau jer).
Bulan-bulan posa ni, susah sikit mak nak cikcur. Nak dragoon mautz pun susah. Mana taknya, papa jumpa mak petang Sabtu, and then balik malam Isnin. So, the whole weekend mak spend time ngan papa. Yang bestnya dengan papa, he doesn't care what everybody else thinks about him kawan ngan ponen. Dia pernah sound tau orang, "apa pandang², nak apa??!!" depan-depan mak hari tu. Terus mak hush hush kan. Kang jadi gadoh laks. Macam ni la masyarakat kita kan, suka nak sibuk hal orang lain. Macamana orang kita nak maju??? Entahlaa... yang penting papa takes care of me, and vice versa.
Hari tu masa kat Care4 tu, dia siap borak ngan kawan dia (taste Jojiena) and tunjuk mak bila kawan dia tanya dia datang ngan sapa etc. Lagi satu yang mak suka perangai dia, dia tak segan nak campur ngan all my close frens. Yerla, tak macam ada sesetengah laki ponen yang bila diajak kuar ngan kengkawan ponen tu, dia taknak la, apa la. Takpela kan, masing-masing punyai hak untuk memilih apa yang mereka suka atau tidak suka, asalkan tak menganggu orang lain. Mungkin malam minggu ni mak nak buat satu kelainan. Apa dia??? Tunggu...
Subscribe to:
Posts (Atom)