Hari ni mak bekerja lagi. Di dalam office tak ramai kaum melayu yang bekerja tapi boleh tahan juga bilangan yang bekerja. Jalan kelihatan lengang sedikit compared to yesterday. Hari ni ialah hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Esok, Syawal akan menjelma dan malam ini takbir raya akan berkumandang di seluruh negara. Seronok rasanya. Hari ni pula office buka sampai pukul 1 pm.
Semalam lepas kerja, mak pergi ke Care4 dengan Zuly dan Exora. Exora nak cari bag untuk balik Kelantan malam tu. On the way to Care4, mak sempat ber SMS dengan abang R. Di Care4, orang tak ramai, tapi queue untuk payment panjang sangat. Sebabnya tak ramai cashier yang bekerja hari tu. Kitorang nampak jugak cina lakhanat yang kitorang bertekak tempoh hari kat kedai lingerie. Exora beli bag, lipstick Maybelline dan sabun mandi. Semua RM100.40. Banyak juga dia belanja. Mana taknya semua dicharge kepada AMEX. Ni angkara baru dapat kad AMEX la tu. Mak ada gak ingatkan dia jangan ringan tangan sangat guna kad AMEX tu sebab it's a charge card, not a credit card. You have to settle the outstanding amount in FULL.
Lepas dah shopping, ingatkan nak buka puasa kat Burger King tapi dah penuh. Semua tempat makan kat situ dah penuh, BK, KFC, The Fish Shop, food court. Mak pun suggest kitorang gi ke KFC Setiawangsa saja. Sebelum tu Zuly gi isi minyak kereta. Sampai jer kat ProJet W. Maju dah azan. So mak pun belilah air kotak kat ProJet tu. Sampai jer kat KFC Setiawangsa, orang quite ramai, tapi nasib baik ada meja kosong kat bahagian atas. First time mak buka puasa makan KFC tahun ni. And first time mak makan KFC semenjak bulan puasa tahun ni. Ntahla, mak memang suka KFC especially yang Original Recipe. I don't really like the Crispy type.
Lepas berbuka, kitorang pergi ke rumah emak Exora. Exora suruh Asrul ambil dia kat situ. Rumah emak Exora dah takde orang. Emak/ayah dia and kakak/abang dia sumer dah berangkat ke Kelantan. Tinggal sorang abang dia and adik sepupu dia. Exora pun pack sikit. Sebab mak rasa dia kena balik ke rumah Baha untuk ambil barang-barang dia yang lain. Bila Asrul sampai, Exora pun naik keta dia (Asrul akan guna keta Exora sepanjang dia di Kelantan). Kitorang pun bersalam-salaman. Ye la nak raya la pulak. Sempat gak bersalaman dengan Asrul. Cute jer muka dia in his own innocent look. Cakap pun perlahan jer.
After that, mak ikut Zuly ke Setiawangsa sebab dia nak cari dawai langsir untuk emak dia. Kat kedai houseware tu Zuly beli laundry basket sebab nak letak baju kotor dia kat umah Baha. Teringat mak masa study di US dulu. Seminggu sekali buat laundry kat dorm. Laundry machine ngan dryer pakai quarters (US 25 cents coin). Oh, how I missed student life (but NOT the studying and exams tho) ... hehehe. Zuly lak tak dapat cari dawai langsir dia tu. Then kitorang pun balikla. On the way to kereta masing², kitorang terserempak dengan Mama Tanjung. Dia ni buat show kat BB dengan mak aya Sharmin. Mama Tanjung ni semangat orangnya.
Bangun sahur pagi ini dalam pukul 5.00 am. Last sahur for this Ramadhan. Lepas sahur tidur and tersedar dah pukul 7.20 am!!! Lambat lagi.
Sempena kedatangan Syawal, mak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya apa yang mak nukilkan selama ini ada tersinggung perasaan sesiapa yang membaca blog ini. Dan juga terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog mak yang boleh dianggap sebagai bold and daring ini. Yela, berapa ramai nak menceritakan private life memasing in such detail. Mungkin mak tidak akan menulis untuk beberapa hari kerana menyambut raya dan mak akan bercuti selama seminggu next week, tapi kalau mak ada berita sensasi, mungkin mak akan cuba share it with all of you dari rumah. Adios!!!
No comments:
Post a Comment