Friday, January 10, 2003





Kenapa ek jantan ni?? Bila kita gersang dan free, takde pula dia nak tepon untuk jumpa. Tapi bila kita sibuk dengan chores atau takde mood nak main, berduyun-duyun diorang call nak main. Macam sorang anak ikan yang mak pernah jumpa kat Transit ni. Dah lama dah. Dia budak Terengganu, to be specific, dari Dungun(G). Dia kecik jer orangnya, so padanla dengan saiz barang kemas dia. Mak jumpa dia ketika drag mampan. Tapi sekarang dia tak kisah jumpa mak masa tak drag. Kalau cakap, pekat sangat loghat ganung dia tu. Kadang-kadang sampai dia guna jargon ganung, terus mak tak terpaham. Tapi dia akan cepat-cepat translatekan balik ke melayu standard. Mak suka jejantans cakap loghat Pantai Timur ni. Very the menaikkan nafsu mak.



Dalam minggu ni saja, dah berapa kali nak jumpa, tapi tak dapat. Hari Sabtu dia call, tapi mak kat Lumut. Mak suruh dia call hari minggu. Hari Ahad memang mak dah janji kan, tapi mak ada open house pulak (yang mak hampir terlupa). Dia call hari tu, mak cakap tak sempat nak jumpa sebab ada hal. Mak suruh dia call hari Isnin. Hari Isnin mak free, dia tak call. Hari Selasa dia tak call jugak. Hari Rabu mak sibuk gi sana gi sini, dia call. Semalam mak suruh call, tapi dah pukul 11 lebih, mak dah balik umah nak tidur, baru dia call. Kak nam betul kan?? Inilah jantan... bila dia kegersangan, senang jer nak jumpa kita, tapi, kalau kita yang dah menunggu, HARAMMM!!



Semalam lepas balik office terus ke rumah Baha. Zuly dah Exora pun ada kat situ. Zuly nak pergi practice menari katanya. So dia janji ngan Exora nak balik dalam pukul 7.30 pm sebab diorang nak pergi Istana Budaya ada Siti Nurhaliza. Mak malas nak pergi. Masa tu dah pukul 6.45 pm. "Hmmm... sempat ker kau ni Zuly?" tanya mak. "Sempat!!!" jawabnya ringkas. Okla fine...



Tunggu punya tunggu, sampai mak tertidur, dah pukul 8 pm, tak sampai-sampai lagi. Call pun tak. So, mak pun ajakla Exora gi teman mak makan dulu. Kitorang pun ke MINDEF. Sampai di situ, kedai yang selalu kitorang makan tu tengah renovation, so kitorang pun ke kedai sebelah. Adala, beberapa orang askar kat situ. Ada yang cans jugak. Tapi malam kerja biasala mak, low profile. Tapi mata diorang tetap memandang Exora jugak.



Masa tengah makan, kitorang perasan, ada sorang mamat ni yang kitorang kenal dari kedai sebelah sana. Dia tengah berjalan nak menuju ke public phone. Kitorang pun decided to pergi kat dia lepas makan. Dah habis makan, kitorang pun pergila kat jantan tu. Dia pasan kitorang. Dia lak tengah call awek. Kosser. And then kitorang dapat satu idea yang menarik. Kitorang nak minta dia tolong call Zuly dari public phone tu, cakap kat Zuly nak jumpa nak main kat MINDEF. Tengok Zuly kata apa. Jantan tu oke jer. Kitaorang gunakan kad telefon dia tu. Dia pun call Zuly... "Hello, ni abang ni... takkan tak kenal kut. Abang tunggu kat MINDEF ni, nak projek... datang sekarang eh?" Lepas habis conversation tu, dia pun cakap Zuly on the way. Amboii... dengan kawan sanggup biar kawan tunggu ni, tapi bila jantan call jer, terus datang.



Kitorang tunggu agak lama sikit, Zuly tak muncul-muncul. So kitorang suruh jantan tadi tu call balik. Dia pun call. Lagi sekali dia cakap Zuly on the way. Tiba-tiba kita nampak sebuah kereta keluar dari dalam padang bole MINDEF tu. Eh, macam keta Zuly tu. Tapi dia menuju ke arah bertentangan, tapi memandu dengan perlahan, macam mencari sesuatu. Lepas tu kereta yang sama membuat U-turn, dan berhenti sambil memberi signal. Kitorang susurh jantan tu call Zuly kasi tahu suruh dia ke depan sikit. Tanpa berlengah, Zuly pun datang. Masa tu Baha dah sampai. So kitorang bertiga tunggu sampai dia Zuly betul-betul kat depan, lalu Exora pun jerit memanggil dia. Dia tersengih. Bila dia sampai jer, kami bertiga pun masuk ke dalam kereta dan suruh dia drive ke tempat kerja Shasha.



Di dalam kereta, kami tidak mengungkit pun hal tadi tu. Zuly cuma merungut, "isskk... jantan mana ntah call mak suruh ammik kat mindef tu, korang kasi no mak kat sapa??" Kitorang cuma menafikan. Masing-masing menunggu masa untuk melangsang Zuly. Setiap apa yang Zuly perkatakan dalam keta tu, kitorang iya kan sambil memberikan senyuman sinis dan gelakan memerli. Tak tahu samada dia perasan atau tidak dengan kelakuan ganjil kami bertiga.



Sampai jer ke tempat kerja Shasha, dia dah tunggu dekat bus-stop. Ada tiga roang askar dengan dia. Yang sorang tu taste sangat. Diorang tinggal kat hotel tempat kerja Shasha tu. Askar memang selalu tinggal kat situ. Diorang nak ikut, tapi keta dah penuh 5 orang ponens. So kitorang ammik jer no diorang, cakap nanti kitorang call. Kitorang pun menuju balik ke MINDEF sebab Baha nak dinner.



Kitorang ke kedai tadi, makin ramai di situ. Dan makin ramai yang mampan dan cando, askar la. Tapi sumer macam berangan. Yela, kat public, and ramai member. Masa kat kedai, kitorang pun "basuh" si Zuly. Exora la yang paling teruk basuh dia. "Hmmm... kalo pasal jantan, cepat jer, kalau kawan, nak pergi menari la, balik umah emak la, itu la , ini la," sindir Exora. Zuly cuma mampu tersenyum dan tersipu sipu malu. And then kitorang call jantan askar dengan Shasha tu tadi, diorang cakap pula yang diorang busy. Whatever laa... Since diorang pun tak jadi, mak pun terus balik umah. Mak pun malas nak kuar malam kerja. Tapi hari Sabtu ni diorang cakap ada a group of abang-abang askar nak ajak gi karaoke. Diorang suruh mak pergi sekali drag mampan. Mak oke jerr. Lepas tu boleh gi cik sit skali. Tapi nampaknya mak kena bersiap awal la Sabtu ni. By 9.00 pm mak akan kuar.



Exora baru jer call mak tadi kat opis. Dia cakap semalam diorang pergi cik Sit, ramai askar mampan. Tapi datang pulak satu trak MP ni, terus askar-askar tu cha alif ba wau ta. Tapi lepas tu MP-MP tu pulak yang park trak diorang kat belakang Esso, and usha diorang. Ala... biasala tu kan, macam hari tu mak projek kat blakang trak MP tu, and hari yang mak bawak 2 orang MP balik umah tu. Dan tak lupa juga MP-MP Navy kat Lumut. Tapi E tak habis cerita lagi pasal semalam. Apala agaknya yang berlaku?

No comments: