Friday, March 28, 2003

Petang semalam dalam pukul 7 pm lebih sikit, mak keluar dari office. Mak pun pergila ke basement level untuk mengambil kereta mak yang park di situ. Bila mak nak cuba start kereta, tak boleh. Ada bunyi seperti "krrrrrrrrrrrrrrr" tapi takde ignition. Mak check gear (auto) mak, ok jer, in parking position. Check aircond, lampu, cd, sumer off. Apsal ni?? Cuba lagi sekali, sama jugak. Lagi sekali, sama jugak, sekali lagi still tak boleh start. Mak pun mengambil keputusan untuk menelefon AAM.



Mak terpaksa ke lobby untuk guna phone kat situ. Bila mak call AAM, dia cakap mungkin bateri tu, so untuk kereta mak around RM100+. Dia cakap akan sampai arund 45 mins. Okla tu, sempat mak singgah ATM keluarkan duit. Lepas tu mak lepak kat area lobby menunggu orang dari AAM datang. Bila sampai, mak tengok ada dua orang, dua motor. Yang sorang tak berapa taste, yang sorang tu taste. Mak pun menghampiri diorang.



"Bang, keta saya kat basement, tak boleh start," beritahu mak dengan nada manja.



Setelah mengambil butiran untuk mengesahkan yang mak la orang yang menelefon tadi tu, diorang pun ke basement tempat kereta mak "tersadai". Memang sahla bateri dah kong, kata yang tak taste tu. Yang taste tu sibuk mengisi borang, resit dsb. Di samping itu mak masih bermanja-manja dengan diorang. Diorang tidak kisah. Malah terkeluar ayat² kiasan seperti "nak aiskrim" "gersang" dan sebagainya. Diorang tu memang tahu mak ponen, dan mak tak kisah. Mak pula nyaris-nyaris nak pegang crotch abang yang taste tu bila dia cakap dia gersang, dah lama tak dapat. Tapi mak masih kurang berani.



Selepas selesai semuanya dan mak membayar duit, mereka pun beredar. Dalam hati mak, hmmm... terlepas la pulak. Menyesal pun ada. Takpa, macamla mak ni tak pernah dapat jantan kan? So, mak pun drive keta mak ke tingkat atas untuk membayar duit parking. Apabila mak keluar dari bangunan office mak tu, kelihatan sebuah motor menuju ke arah mak. Bila mak perhatikan, rupa-rupanya abang AAM yang mak taste tu, manakala kawannya pula tidak kelihatan... [bersambung]

No comments: