Monday, November 10, 2003

Semalam mak pergi ke Care4 Cheras ngan papa. Kat sana jumpa Jojiena, Yus, Kiah ngan Suba. Tapi memang tahu pun diorang nak ke sana. Pas tu Jojiena cakap kat mak, Suba ngan Kiah nak Masuk pertandingan menganyam ketupat. Dia suruh mak masuk skali. Mak pun pergila kat diorang.



Masa tu kategori "pepuk*s" hendak berlangsung. Kami terpaksala masuk kategori "jantanz" sebab tak cukup kelayakan nak masuk kategori "pepuks". Sebelum mula pertandingan tu, mak pergila bayar zakat fitrah sebab kaunter zakat dekat jer ngan tempat pertandingan tu. Yang peliknya kan, mak dah bayar duit, pas tu mak macam rasa sesuatu missing. Tup tup, abang (amil) tu terus suruh mak baca kat kertas tu and then dia trus baca doa. Apa yang missing yer? mak rasakan... apa yer??



Rupa-rupanya, dia tak salam pun mak. Kenapa yer??? Mungkin dia memang tak salam orang kut. Lepas tu mak pun cakapla kat Jojiena. Dia pun nak bayar juga. Bila Jojiena gi bayar, abang tu pun tak salam dia jugak. Lepas tu ada sorang abanganda ni gi bayar zakat, [amil] tu salam abanganda tu. Hmmm... ternyatalah mungkin sebab dia rasa air smayang dia batal kut kalo salam kitorang?? Masa Suba gi bayar pun, dia tak salam jugak!!! Boleh ke dia buat macam tu???



Dalam pertandingan menganyam ketupat, mak dapat tempat ke-3. Kiah dapat no-2 sementara no-1 adalah jantanz cam gibeks nih. Sebenarnya, dia ngan Kiah mempunyai bilangan yang sama banyak, tapi bila diorang compete sapa lebih cepat siapkan satu ketupat (untuk tentukan juara), Kiah ala-ala nerbes kut, langsung tak jadi ketupat dia!!! Kesian... Takpala, dapat gak mak voucher RM20 dari Care4. Terus gi shopping kat situ lepas tu. Minggu depan ada lagi pertandingan tu. Ingatkan nak masuk balik kut. Very the tamak one kan???



So, berbalik pada citer kat pasar juadah hari Jumaat yang lepas... [sambungan]



Abang-abang askar (MP) yang tengah jaga ke pintu masuk Kompeni Angkut kat Jalan Semarak tu, dah pepandang mak. Ada yang dah main-main mata, tapi mak method jerla. Kat pasar juadah pulak, macam-macam panggilan yang kami terima. Si Jojiena dipanggil Rosalinda sementara mak dipanggil Waheeda, boleh??? Mungkin sebab mak pakai scarf ala-ala fesyen Sofea Jane dulu-dulu kut?? Entahla.



Ramai jugak abang-abang askar hari tu. Kakak² askar pun ramai. Tapi we just continue with our business la. Mak beli nasi lemak. Banyak sungguh nasi lemaknya...

No comments: