Monday, December 29, 2003
Entah kenapa, petang ni, tetiba mak terasa sedih mengenangkan cara mak "melayan"kan abang Az**. Mak cuba call HP dia tapi terus message. Kami sepatutnya berjumpa minggu lepas tapi masa dia call tu, papa ada kat sebelah, jadi mak cakap kat dia yang mak masa tu kat rumah emak. Dia terus cakap ok, dan letak telefon.
Masih ada perasaan sayang mak kepadanya. Walaupun papa menjaga mak dengan penuh kasih sayang, tapi mak masih mengingati abang Az** yang sehingga kini kami masih berkawan dan bermanja (dalam tepon). Mak tahu dia masih sayang kat mak, tapi apakan daya. Mak sudah ada papa. Mak cuba hendak melupakannya, tapi tak berdaya.
Mak sedih sebab mak tahu mak lebih memberi tumpuan mak kepada papa, sedangkan mak tahu yang ada insan lain yang masih menaruh harapan kepada mak. Mak tak sampai hati nak beritahu kepadanya yang mak sayangkan papa, sebab di sudut hati mak, masih menyayangi abang Az**.
Gambar abang Az** ada di dalam purse mak, tapi gambar papa langsung takde. Papa tak tahu pasal ni, kalau dia tahu, entahla apa akan jadi. Semenjak hari yang sepatutnya mak jumpa dia, tapi tak jadi tu (Khamis), dia masih belum menelefon mak lagi. Dia tahu yang mak sudah berkenalan ngan papa, tapi dia masih sayangkan mak juga. Kalau nak diikutkan hati ini, mak mahukan kedua-duanya dalam hiduo mak, tapi mak telah diberitahu oleh abang Az** dan papa, bahawa, mereka tak sanggup diduakan.
Ya, mak telah pun memberitahu papa yang mak pernah berkenalan dengan abang Az**, tapi mak cakap yang mak dah takde apa-apa dengan abang Az** lagi. Tapi papa selalu bertanyakan mak samada mak masih ada hati kat abang Az** ke tidak. Jawapan mak kepadanya, tidak, walaupun mak tahu mak menipunya dan diri mak sendiri. Susahnye bila hati dah terpaut...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment