BALI TRIP - Day Two (Babi guling dan mandi telanjang)
22 Januari 2004...
I woke up around 9.30 am. Mata mengantuk sangat. Mana taknya, semalam balik dari clubbing hampir pukul 4 kut. Kak Ram tengah mandi masa tu, so, mak pun baring semula. Selepas bersiap, mak pun turun bersarapan di hotel mak tu.
Mak sampai jer, sumer dah ada kecuali Kak Ina. Mak tengok menu dia, pilih antara American, Continental atau Indonesian Breakfast. Mak tengok kengkawan mak ramai yang ammik Indonesian, sebab ada nasi goreng, so, mak pun cuba la.
Sampai jer nasi goreng, mak pun makan la. Takla sedap sangat tapi boleh la. Makan punya makan, mak ternampak sesuatu yang kurang menyenangkan gituh. Ala-ala, macam warna kecokelatan gituh. Mak pun terus tanya kengkawan mak, tapi diorang cakap takde apa-apa sebab diorang dah tanya dah. Tapi mak tetapla nak buat diorang tak selera kan. Mak pun cakap macam bacon bits la pulak. Mak pun terus tolak nasi tu ke tepi.
Baby Elle tanya mak, kalau mak taknak, dia nak makan, mak pun kasi jer la. Yer la kan, dia dah habis sepinggan dah nasi gorengnya. Mak memangla tak dapat pastikan yang benda tu bits ke atau kerak nasi, tapi mak saja jer la nak sakat Baby Elle kan. Mak pun buatla macam tekak loya nak muntah. Terus Baby Elle tak jadi makan. Last-last lepas breakfast tu sebelum naik mobil (van), Baby Elle termuntah. Kesian. Kopi kat sana pun tak sedap sungguh. Diorang takde Nescafe you!!!
Lepas makan tu, Komang pun dah sampai, so kami pun bertolakla ke tempat "visits" kami yang pertama iaitu, Uluwatu. Tapi sebelum ke sana, kami telah minta Komang membawa kami ke kawasan Nusa Dua di mana terletaknya banyak hotel mewah di sana. Kawasan di sana memang cantik, dah dijaga rapi. Kawasan hotel dikawal ketat. Kalau nak masuk kena check mobil berbagai. Yer la kan, semenjak pengeboman di Bali pada 2002 yang lepas, mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan malapetaka itu berulang kembali.
Di Uluwatu (gambar di sebelah dan di bawah), yang terletak at the southern tip of Bali, ada sebuah pura. Pura tu besar jugak la. Sebelum kami dibenarkan masuk, kami terpaksa memakai tali kuning di pinggang. Bagi mereka yang memakai suar pendek, mereka kena pakai kain sarung yang diikat bersama tali kuning. Cantik jugak kain dia tu. Adala beberapa orang locals yang lepak kat entrance tu dok memandang mak dan Jojiena. Mungkin diorang pelik kut tengok kami. Mak sempat senyum-seyum kat mereka. Diorang kasi nasihat agar berhati-hati dengan cermin mata dan topi yang dipakei sebab kat kawasan tu banyak monyet.
Kami berjalan menuruni bukit dan disebelah kiri-kanan kami ialah kawasan hutan. Mak nampak monyet-monyet berkeliaran kat situ. Setelah sampai di kaki pura tu, kami terpaksa menaiki tangga hinggalah kami sampai ke lereng curam yang terletak betul-betul di tepi laut. Pemandangan di situ sungguh cantik sekali. Mak tak pernah tengok pemandangan macam tu in person. Sempatla bergambar dan berposing di lereng bukit. Baby Elle dia gayat sket. Dia pulak sibuk dengan video cam dia tu. By the time, kaki mak dah rasa sakit-sakit sikit. Ni gara-gara memakai sandal womans lakhanat the day before.
Ketika kami hendak turun dari atas bukit tersebut, satu peristiwa lucu telah berlaku. Seekor monyet telah berjaya menerkam dan meragut cermin mata hitam Yus. Dalam sekelip mata jer benda tu terjadi dan dengan tak disangka, Baby Elle sempat merakamkan kejadian tersebut. Monyet tu pulak lepas dah dapat sunglasses tu terus digigit-gigitnya. Kami mintak tolong daripada seorang local untuk ambil balik cermin mata Yus tu. Dia dapat balik cermin mata tu, tapi dah kena gigit-gigit. Yus pun terus kasi cermin mata tu kat local tadi.
Masa mak nak turun dari atas tu, mak cepat-cepat simpan cermin mata mak. Yerla, nanti kena sambar dek monyet laks. Pas tu monyet tu macam nak halang laluan mak, terus mak menjerit panggil "KOMANG!!!! Mari sini tolong saya!!!" Komang pun datang la kat mak menghalau monyet² tu sambil berjalan sama mak. Gatal kan mak???!!! Jojiena cakap "Kak nam kan kau... menggatalla tu!!!"
Perjalanan ke Ubud melalui kawasan kampung. Ada jugak kitorang nampak orang kampung kat sana kendong babi hidup dengan kayu nak bawak gi "sembelih" kut. Sembelih ker??? Apa lagi, kitorang pun menjerit la lagi. Memang group kami ni havoc ke mana saja. Dah la mak bertekak dengan kawan mak eim dalam keta. Ntah pasal apa ntah mak dah lupa. "Korang ni memang tak boleh jumpa la, assikla nak bergaduh" tegur Baby Elle bila mak bertekak dengan eim. Tapi kami bertekak-bertekak kemudiannya ok jer. Biasalah adik-adik kan, mulut kan macam lakhanat sesekor.
Sampai jer di Ubud, kami pun berjalan di sepanjang jalan yang kiri-kanannya ada rumah-rumah kecil yang comel dan indah yang menjual pelbagai jenis barang-barangan. Nak tahu apa jadi kat Ubud???
Kawan mak si Eim tu nakla pergi Wartel nak check face-pic dia kejap, so mak temankanla sebab orang yang jaga Wartel tu taste mak. Lepas habis tu, kitorang pun keluar la and nampakla kengkawan kitorang dah ke depan, so kitorang pun berjalan la nak kejar diorang. Tengok-tengok, diorang dah takde. Ntah ke mana ntah. Yang mak dengan eim ni tadi jalan la ingatkan diorang dah ke depan lagi. Jalan punya jalan sampaila ke penghujung kedai-kedai tersebut, tak juga jumpa mereka yang lain. Rupa-rupanya, diorang masuk kat satu SPA ni yang very the cantik one. Yus ada ammik gambar kat sana and tunjuk kat mak, memang cantik tempat tu, tapi mak ngan eim tak jumpa pun tempat tu.
By the time kitorang jumpa group kitorang balik, hari pun dah nak hampir hujan. Ada sorang fukey yang jual barang kat situ, assikla duk memandang kat crotch mak kan. Mak pakai suar aerobics yang ketat tu (sweat pants la bukan lycra tuh), so mak kepit mautzz, so flat la kan puk* mak. Mak terus cakap kat fukeyy tu, "apa yang kamu mau lihat?? Udah dipotong!!!" terus fukeyy tu malu-malu. Padan la muka kau kan!!! Mak sempat la jugak ammik gambar jejantans Ubud yang taste mak!!! Nanti mak paparkan...
Sebelum kami balik tu, kengkawan mak sumer masuk ke pasar Ubud tu manakala mak dan Kak Ram lepak jer duduk kat satu tempat ni menunggu diorang. Mak memang dah sakit kaki masa tu, tak larat nak masuk ke pasar tu. Kak Ram pun sama. Penat sundel!!! Mak nampak Komang lepak dengan driver² yang lain. Sekali sekala dia pandang kat mak and bila dia datang kat mak, mak cakap kena tunggu diorang gi shopping. Last-last mak cakap kat Komang, mak nak duduk dalam mobil sementara tunggu mereka yang lain. Yer la kan, mak nak cabut susuk!!! Takkan nak cabut susuk depan orang ramai???!!!
Lepas tu, kitorang terus balik ke Kuta sebab dah lewat, tak sempat nak ke Tanah Lot untuk sunset. On the way ke Kuta, lalu jalan kampung, kami pun dapat tengok jantan mandi telanjang kat tepi jalan. Boleh ni mandi dalam parit tepi jalan, bogel habis. Badan berketul nih, nampak ceknek (tapi bushy la area ceknek dia tu) and then boleh siap berbual dengan kawan dia kat tepi parit tu ni. Kat sana orang memang ramai mandi telanjang. Apa lagi, gamatla dalam mobil tu, mak dan Jojiena menjerit... "mandi telanjang, mandi telanjang!!!" Hehehehhe...
Sampai jer kat hotel, mak terus call Chris tapi dia takde. Mak suruh orang tu sampeikan pesan mak suruh Chris call me back. Kejap jer lepas tu, Chris call mak. And we set a time for him to pick me up at the hotel. Mak pun dragoon malam tu.
Kengkawan mak yang lain pergi makan malam dalam pukul 8.30 pm, Komang datang ammik. Dalam pukul 9 pm, Chris pun datang. Mak pun turun ke bawah lobby. OK la orang dia, not bad. Tapi masa tu, kaki mak memang der sakit yaamatz. Boleh ni, siap pakai high heels lagi nih. Bila Chris cakap kena jalan kaki ke tempat makan tu, mak pun macam, aiyoo yoo... kaki mak ni boleh ker berjalan. Dah la kawasan tu gelap, sampai mak terseliuh nih!!! Bayangkanla, kaki dah memang sakit, pas tu pakai hig heels, and then terpelecok???!!! Tak hazabb namanyer tu??? Nasib baik Chris ada pimpin tangan mak. Nak jer mak jalan kaki ayam masa tu, tapi mak tetap control walaupun sakitnya, tuhan saja yang tahu masa tu.
Kami makan di sebuah kedai western milik kawan Chris. Mak order fillet steak dan ice lemon tea. Masa tengah makan tu, kawan Chris datang dengan isteri dia. Mak macam segan la pulak, tapi Chris selamba jer. They were talking mostly about business, mak cuma control ayu and enjoying my dinner.
Selepas makan, kami berjalan di tepi pantai Kuta. Oh, how romantic. Kami ingat nak duduk kat tepi pantai, tapi macam ada orang duk perhatikan kami berdua dari belakang. Chris pun ajak mak ke hotel mak semula. Mak pun ok jer. Sampai di hotel, kengkawan mak dah pun kembali. Diorang tengah berbual kat balcony hotel tu. Kitorang conquer satu section of the hotel. Takde bilik orang lain, kecuali kamu bertujuh kat situ. Komang pun ada sekali. Chris ada juga memberitahu kami kemana nak pergi untuk kami membeli-belah. Kami suruh dia guide Komang. Komang ni kekadang tak reti sangat la. Si Jojiena pulak assikla menyuruh mak bawak Chris masuk bilik. Last-last mak pun masuk la ke dalam bilik dengan Chris, dengan izin Kak Ram. Tapi perlu ker mak ceritakan apa yang berlaku??? Mak rasa korang tahu la kan. Tapi mak tak ciktot ok.
Eim, Baby Elle dan Yus pergi clubbing malam tu. Mak tak kosser sebab perlu ker mak pergi kelab gibeks??? Dah sah-sahla mak kurengg mendapat perhatian kat sana kan. Komang hantar diorang, tapi diorang bayar Komang seperately la sebab it's not part of the tour thing. Mak pulak dengan kak Ram pergi berjalan sepanjang jalan ke Kuta tu. Mak ajak Jojiena, tapi dia nak tidur. Tapi malam tu malam kerja kan, so orang tak ramai sangat kat jalan tu, tak macam the night before. Macam sunyi jer. Mak adala dengar anak-anak ikan kat sana siap cakap nih "Cowok atau cewek??!!" kat mak. Kosser kan. Diorang ni macam jenis-jenis surfer yang lelepak tepi-tepi jalan. Tapi, takde apa la yang menarik malam tu. Malam tu memang tiring one, tapi mak tidur kira awal la jugak compared to the night before. Kaki mak makin bertambah sakit... [bersambung]
No comments:
Post a Comment