Thursday, April 8, 2004


Mak memang suka nak menyakat papa. Entahla, saja jer. Nak tengok dia bebetul sayangkan mak ke tidak. But at the end, he really shows that he does love me. But, at times he can be terover jealous.



Macam malam minggu lepas kat cik sit, mak bawa papa ke sana. Mak cakapla mak nak jumpa J kejaps. Baru jer nak park keta kat situ, tetiba papa ternampak kawan dia kat sana. Dia honkan keta, and kawan dia pun pandang. Hmmm... can do gak kawan papa ni, jerit hati kecil mak. Tinggi dan kurus la, tapi ada goatee and jenis muka kampung. Mak suruh papa duduk kat driver's seat, sebab mak nak papa drive balik ke apt sewa nanti. So, mak pun kuar la jumpa peponens berdekatan dengan keta mak.



Memang ramai orang kat cik sit masa tu. Sedang mak pose tepi keta mak, tetiba ada dua orang jantans atas motor ni datang kat mak, macam nak langgar mak, tapi pas tu panggil mak. Mak mengelak la, sebab lagi sket jer nak kena langgar ok. Papa nampak, terus dia macam nak keluar keta ok, tapi mak cakap jangan. Dia usha jer jantans tadi tu. Mak lak terus gi kat kengkawan mak.



Pas tu jejantans tadi datang balik nak borak ngan mak. Aiyooo... tak tahu ke laki mak ada kat situ??? Of course la tak tahu kan. Mak terus ikut kengkawan mak berjalan ke arah lain. Yerla, mana leh mak nak ditegurkan kat situ dek jantan. Papa tu cemburu ok!!!



And then semalam, papa call mak. So tengah mak berborak, tetiba mak saja jer la cakap "jangan lahh" seolah-olah ada orang kat sebelah mak mengacau mak. Papa dengar, terus dia tanya kenapa mak cakap "jangan lahhh"? Mak pula pura-pura buat macam mak takde cakap apa-apa. Bila dia tanya lagi, mak tetap buat macam "takde la". Aiyooo... terus dia mengamuk ok dalam tepon. Dia ingat mak ada ciktan kat sebelah. Cemburu sangat katanya!!! Sebelum perkara yang tak diingini berlaku, mak pun cakapla "papa ni kan, mama bergurau pun papa dah cemburu". Sesuatuh!!!



Kekadang tu kalau papa ada kat apt sewa, mak saja jer buat macam menelefon jantan. Mak buat-buatla cakap macam "alaa... tak boleh la malam ni, lain kali jer la ok." Apa lagi hangin la orang tua tu kan. Pas tu mak ketawa...



Hari minggu tu kesian lak mak tengok dia. Masa tu tepon mak berbunyi, dia ammik. Yang mak pulak cuba nak ammik tepon tu daripadanya. Masa tu hp tu kat muka dia la kan. Masa mak nak ammik tu, jari tangan mak tercucuk kat dalam mata papa. Cuak gak mak sebab for a while there papa macam takleh bukak mata dia. And then dia komplen cakap macam kabur pemandangannya. But at the end, dia ok jer. Padan dengan muka mak kan???

No comments: