Thursday, June 24, 2004
[sambungan yang dinanti-nantikan]...
Mak yang sudah nak lena tidur tu, tiba-tiba dikejutkan oleh papa. Papa macam marah. Dia sibuk menanyakan mak, yang masih mamai lagi tu, pasal jantan "kem" yang mak tepon tadi tu. Rupa-rupanya dia baru saja berbual dengan abang A. Aiyooo... perlu ker mak nak melayan bebenda macam ni malam-malam buta begini.
Papa terus mendesak. Dia cakap dia dah pun menelefon abang A dan berbual dengan abang A tapi dia cakap diorang berbual dengan cara baik. Dia siap tahu ni abang A berasal dari Ganu dan umur abang A sekali dia pun tahu. Apa yang telah diberitahu lagi oleh abang A kepada papa. Mak tetap mempertahankan yang abang A cuma kawan biasa.
Mak tanya la apa lagi yang abang A cakap. Papa cakap yang mak dah berjanji yang mak akan menelefon abang A pada keesokannya. Memang betul pun, kata mak, sebab dia kawan mak. Papa dapat tahu dari abang A yang mak dah kenal lama dengan abang A dulu lagi semenjak dia kat kem Sg. Besi. Benda tu sumer dah pun mak cakap kat papa la pulak. So, sumer yang mak cakap kat papa sebelum ni, sumer betul, so, kenapa dia nak marah-marah memalam begini. Mak dah ngantuk dan malas nak layan dia, kata mak.
Papa pun mulalah mengeluarkan kata-kata yang tak perlu. Dia cakap, this is it between us la, dia takkan call mak lagi la after that day, dan macam-macam lagi la. But I know, masa tu dia "hati panas" so, he will say everything that he does not mean. Mak suruh dia tidur sebelah mak tapi dia berdegil. Tetiba air matanya mengalir kuar...
Isskkk... laki mak ni over la pulak. Dah la mak mengantuk sangat masa tu. Tapi untuk meredakan keadaan, mak peluk papa dari belakang and baring di atas peha dia. Mak terangkan kepadanya, yang mak betul takde apa-apa dengan abang A, cuma kawan biasa, dan mak dah kenal dia sebelum mak kenal papa lagi. Tapi dia berdegil jugak taknak percaya.
Aiyooo... mak dah malas nak melayan papa lantas mak pun berpura-pura nak bangun dari tilam tu dan kononnya mak nak tidur kat luar. Belum pun sempat mak bangun, papa dah tarik tangan mak. So, mak pun ingatkan nak sambungla tidur dengan dia di sebelah mak. Tetiba dia pulak bangun and cakap nak tidur kat luar.
Bila dia sampai jer kat muka pintu bilik mak tu, mak pun cakap, "keluar jer, mama kunci bilik dari dalam." Terus dia tak jadi keluar and tidur di sebelah mak.
Mula-mula papa macam taknak mak bermanja dengan dia, tapi bila mak beralih ke tepi, jauh daripadanya, dia pun tarik mak semula ke dalam dakapannya. Mak pun terus terlena selepas tu.
Tapi benda ni tak habis begitu saja. Sepanjang perjalanan mak menghantar papa pulang pada paginya, tak habis-habis dia tanya mak samada mak akan call abang A ke tidak. Mak pulak terus jer cakap, ya. Saja jer mak nak buat dia tensi. Tapi kan, bila mak tanya kat papa, kalau-kalau abang A ada cakap yang kami pernah projek ke tidak, papa kata tidak. Pheww... nasib baik.
Pada belah petangnya, mak dapatkan kepastian dengan menelefon abang A. Segala apa yang papa cakap kat mak, sumernya benar-benar berlaku. Abang A cakap, perbualan mereka tu "cool" ajer. Takde berlaku benda-benda panas ni la. Apa yang papa tanya, dia jawab dengan betul tapi takla sampai bab projek tu. Dia pun cakap kami kawan biasa.
Memang silap mak pun sebab tak off tepon masa nak tidur or padamkan recent calls list dalam HP mak. Saja jer mengundang padah. Papa ni sometimes tengok jer macam blur-blur, tapi dia ingat segala-galanya.
Kekadang tu, kalau mak tengok TV kat luar, habis HP mak dia check. Beg mak pun dia check. Ingat tak dulu tu yang dia dapat gambar abang Az** dalam wallet mak and terus dia koyakkan depan mata mak. Tu gara-gara menggeledah beg mak la. Mak tak kisah la itu sumer, janji at the end of the day, dia tetap sayangkan mak, tapi kenala pandai bermain kata-kata sikit.
Kat ciksit skang ni kerap ada satu group askar-askar muda naik motor lepak kat situ. Sekali pandang macam group jejantans motor la, tapi kalau sapa yang kenal tu, taula yang diorang ni asks.
Bukan setakat muka muda and can do jer, tapi ada gakk yang mampans. And dalam group tu takde yang plak. So, kalaulah mak bawa diorang balik ke apa, for sure mak selera dengan sumernya. And one of them tu yang mak memang dah taste sejak dulu. Tapi sampai skang tak dapat nak proj dengan dia lagi. Last weekend pun dia ada lagi dengan kengkawan dia.
Abang A pun ada sekali tu datang ciksit dengan kengkawan ask dia yang juga group-group bermotor. Tapi mak tak pasan sangat kengkawan dia masa tu sebab masa dia sampai tu mak dah nak pulang dengan papa. Mak rasa kengkawan abang A mostly from pantai timur kut. Abang A punya loghat ganu very the pekat one, sampai mak tak paham apa dia cakap kekadang tu.
Last weekend jugak ada dua orang ponens ni yang tak percaya bila mak cakapkan yang "human hair" yang mak pakai tu is a w.i.g. Diorang rasa "human hair" mak, and cakap my real hair. Mak cakap tak, diorang masih tak percaya, so, mak pun biarkan jer la. Lepas tu, mak rasakan wig salah sorang dari mereka tu, aiyooo... very the macam berus kuali gituh!!! Mesti berbulan-bulan pakai tak pernah tukar tu.
Semenjak memakai "human hair" nih, mak rasa segan kalau dragoon nak pakai yang synthetic punya. Very the 10 batu dah pecah lobang. Kalau scarlet mak nih, very the teknik rebonding gituh. Sampai ada jugakla ciktan yang cakap "teknik rebonding" kat mak. Most of them will not know that it's only a "human hair" until I tell them so. Mak rasa bila dapat "vitamin B" a.k.a Bonus nanti, mak nak beli "human hair" yang baru la. Harus meletopss!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment