Monday, August 23, 2004
Malam minggu yang lepas, mak betul-betul marah dengan abang I*****. Lepas tu mak telah memberi kata-putus kepadanya. Sekiranya dia tidak mahu mengikut kehendak mak masa tu (adala sebabnya), mak cakap kat dia, "kita habis kat sini jer la, dan abang tak payah nak tepon-tepon saya lagi." Dia cakap kat mak, "jangan menyesal, sebab itu yang mak inginkan." Lepas tu mak pun letak tepon.
Tiba-tiba, pada pagi Ahad tu, dia menelefon mak dan bertanya, "sayang marah lagi ke kat abang?" Walaupun perasaan mak masih ada lagi kat dia, mak telah memberitahu dia supaya jangan menelefon mak lagi. Dia terus memberi salam dan meletakkan telefon.
Mak rasa sedih jugak sebab mak berkasar dengan dia. Tapi apa ayng mampu mak lakukan lagi??? Mak tak sanggup perasaan mak ini dipermainkan orang lagi. Cukupla dulu dengan abang Az** dan abang A. Mak pun ada papa...
Tapi yang lebih memeranjatkan mak, apabila segala rahsia abang I dibongkar sendiri oleh "in-charge" dia pabila mak menelefon abang tu untuk mengadu perihal abang I kat dia. Mak pun tak tahu kenapa mak call abang tu. Mungkin sebab mak sakit hati dengan abang I kut. "In-charge" abang I pun terkejut dengan apa yang telah berlaku di antara kami berdua. Lalu dia telah menceritakan mak apa yang dia tahu tentang diri abang I yang selama ni, tidak mak ketahui.
Malam ini, mak dengar sebuah lagu lama yang liriknya betul-betul menyentuh perasaan mak berdasarkan apa yang telah berlaku kepada diri mak...
Sayang Semuanya Sudah Terlambat - nyanyian Shidee
Sayang semuanya sudah terlambat
Tak guna engkau kesalkan lagi
Sayang semuanya sudah terlambat
Biarkan aku membawa diri
Berulangkali kau ulangi kesilapanmu
Diriku hanyalah sandaran cinta sementara
Mengapa engkau tak setia dalam percintaan
Terhempas aku bagaikan kaca berderai
Selepas itu kau menyesali
Sayang semuanya sudah terlambat
Tak guna engkau kesalkan lagi
Sayang semuanya sudah terlambat
Anggaplah aku tiada lagi
Terlanjur luka biarlah hatiku terluka
Apa terjadi biarkanku tanggung sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment