Wednesday, November 24, 2004
Cerita Pendek (Tanpa Nama) - Bahagian Kelima
Aku terdengar suara pelik rengekan Aduka yang sungguh berlainan. Dia betul-betul merengek dan mendengus tak ubah seperti lagak pelakon porno wanita. Aku terkedu seketika.
Apa dah jadi? Aduka pula seperti tidak menghiraukan masih terus dengan lagak dan aksi menyondol-nyondolku serta masih lagi merengek begitu. Aku rimas sekali dengan suaranya itu.
Kenapa dia yg sebentar tadi mempamerkan lagak gaya lelaki idaman kini bertukar kepada lelaki igauan? Pelik benar aku rasa.
Dalam seketika aku kebingungan itu dia tersedar yang aku tidak memberikan tindakbalas seraya bertanya "Kenapa sayang?"
Aku terkejut dan dengan muka keliruku yang keterlaluan itu aku menjawab "Tak ada apa-apa".
Mungkin disebabkan reaksi kehairanan aku yang amat jelas terpancar itu dia berusaha untuk mengembalikan mood. Aku masih lagi tidak dapat menerima dia bersama suaranya begitu. Sungguh aku tidak tahan untuk mendengarnya lagi.
Terus aku bingkah bangun dan memetik suis lampu. Sehinggakan lagu Harvey yang lembut beralun tadipun kumatikan. Dia terkejut dengan aksiku.
Aku terus bertanya "Kenapa suara abang begitu? Mengalahkan perempuan pulak?"
Dia nyata amat kecewa dengan soalan-soalan yang terhambur keluar dari mulutku. Dia berdiam diri sambil tangan mencapai rokok Sampoerna A di kepala katilku.
Aku masih menanti dan kurasakan pergerakannya amat lambat sekali. Tidak sabar untuk aku mendengar penjelasannya. Aku memerhatikan sahaja dia menyedut dan menghembus keluar asap rokok itu.
Dari perlakuannya itu jelas nyata dia buntu. Kenapa perkara seremeh ini mahu aku perbesarkan sehingga implikasinya amat mengelirukan.
Tu laa gatal sangat nak mencari 'jantan'. Tak boleh duduk rumah diam-diam. Marah hatiku! Kalau duduk di rumah pasti waktu ini aku sedang lena dibuai mimpi. Enaknya tidur. Benak hatiku mengiakan.
Dia tiba-tiba bersuara memecah keheningan subuh itu. Kembali kedengaran suara yang amat menggetarkan jiwaku itu. Oh.. Aduka, bisik hatiku.
"Susah saya nak terangkan pada awak... Saya rasa tak perlulah kita merumitkan keadaan sebab kita baru saja kenal. Lupakan saja apa yang terjadi dan saya rasa lebih baik saya minta diri." Lancar saja Aduka berbicara.
Aku yang masih lagi berteleku di birai katilku melihat saja Aduka berpakaian. Arrrghhhh!! Kenapalah lelaki yang sekacak dan mengghairahkan ini berkelakuan amat pelik. Sakit agaknya? Aku masih lagi cuba untuk menenangkan hati. Ternyata aku masih belum dapat melupakan situasi yang baru saja kulalui seketika tadi. Masih tak dapat kusingkir rasa geli geleman yang kurasakan.
"Awak nak saya hantarkan?" Saya cuba memulakan perbualan. Harap-harap dia tidak terus berkecik hati dengan perlakuanku tadi.
"Kalau boleh panggilkan teksi untuk saya. Beritahu pemandu yang saya hendak ke Kajang, Taman Saujana Impian".
Lega hatiku. Kalau dibuatnya aku terpaksa menghantar dia ke Kajang. Mak ooii!! Jauhnya. Setelah mendapat kepastian dari syarikat teksi tadi aku menyuruhnya turun dan menawarkan diri untuk menemaninya sampai ke balai pengawal.
Sepanjang perjalanan turun kami terus membisu sambil dia terus menghisap rokoknya berterusan. Setibanya di balai pengawal.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment