Semalam abang Az** mak membuat satu kejutan yang agak mencemaskan mak. Masa tu mak dengan papa, baru jer sampai ke apt. sewa lepas kerja. Abang Az** call mak tanya mak kat mana, so, mak cakapla mak kat rumah. Tetiba dia cakap, dia nak datang rumah, mak cakapla cannot, sebab papa ada kan. Tetiba dia cakap, dia dah kat depan rumah mak!!!
Memula mak ingatkan dia memain jer. Lepas mak cakap tak boleh tu, mak trus la letak tepon. Pas tu, papa ke dapur, abang Az** call balik, dia cakap, dia serious ni kat depan apt. and kat depan keta mak!!! Aiyooo... biar benar dia ni. Mak pun trusla ke balkoni rumah and mak tengok, dia ada kat bawah tu. Kak nammm kan??!!! Papa laks sibuk nak ikut mak ke balkoni, so, mak pun buat-buat la macam nak tengok kekalo J dah nak sampai ke blom sebab J memang ada cakap nak datang ke rumah.
Kebetulan laks, si Kiah ada kat living room tengah tengok citer drama kat TV3 yang pasal adik-beradik ponen tu. Sesuatuhh citer tu!!! Mak pun trusla cakap, "Nokk... kawan ko la kat bawah tu!!!" merujuk kepada kawan Kiah la kononnya kat bawah tu. Kiah memang dah kenal dah abang Az** mak tuh. So, mak pun suruhla gi ke bawah jumpa "kawan" dia tu. Masa papa tak pasan, mak buat la memek muka suh Kiah coverkan the whole situation kan.
Sambil tu, mak masih lepak di balkoni melihat ke arah entrance apt., nak tengok J la kononnya. Papa laks assik la menjengok ke arah "jantan" yang tidak dikenalinya itu. Mak nampak Kiah tengah berbual dengan abang Az**. Entah macamana, mak boleh tercakap, "bawaklah kawan ko tu naik atas," kepada Kiah dan abang Az**. Boleh???!!! What was I thingking???
Kiah ngan abang Az** naik tak lama lepas tu. Mak duduk di dalam bilik. Papa masuk ke dalam bilik dan bersiap sedia nak mandi. Mak pun trus macam "gi la mandi papa." Lepas papa masuk jer ke bilik mandi, mak pun trus la keluar berjumpa dengan abang Az**.
"Isskk... degillah abang ni, orang cakap jangan datang, dia datang jugak," sambil mak mencubit badan dia dan duduk di sebelah dia.
"Eh, siapa lak ni? Budak baru ker ni? Tak kenal pun lagi," kata abang Az** kepada mak.
Memangla mak tahu dia nak cover line, tapi perlu ker nak cakap macam tu masa papa takde??? Kiah senyum jer. Masa tu hati mak geram la jugak. Pas tu boleh ni, panggil Kiah "adik". Panggilan yang selama ni dia panggil kat mak. Lagi la mak tension, trus mak "majuk" masuk bilik, and trus baring atas tilam Vono mak, bersedih la sket. Tapi dengan abang Az** ni, tak makan majuk-majuk ni. Mak baringla sensorang dalam bilik tu, sampai papa habis mandi. Pas tu papa cakap kat mak, "ma, papa rasa lelaki tu yang pernah jaga awak dulu tu kan?"
Iskkk... dia pasan la pulak. Papa cakap yang dia pasan muka abang Az** tu masa dia tengok gambar abang Az** dulu tu kat wallet mak, yang dia koyakkan right in front of me. Mak trus cakap, "bukanlaa... muka sama kut."
Papa terus mendesak mak bagitau dia perkara yang sebenar, tapi, mak tetap menafikannya. Entahla kenapa mak berdegil sangat taknak cakapkan yang papa betul semalam.
Dalam pukul 8 pm, mak terpaksa ke living room sebab nak tengok rancangan kegemaran mek, "The Amazing Race 6". So, mak pun dudukla kat situ dengna papa skals. Papa la pulakkan, mana leh nak biarkan mak duduk sensorang dengan sorang lelaki yang dia "syak" (memang betul) ex-bf mak dulu. Abang Az** nak tengok berita, mak diam jer, mak trus tukar cenel ke saluran AXN. Pas tu Kiah menyampuk, "abang kalo nak tengok TV, dalam bilik saya ada." Abang Az** senyum jer.
Entah kenapa ntah, tetiba mak bersora, "gi la masuk bilik dia bang, tengok berita, pas tu kunci trus bilik tu."
"Kak nammm!!!" Kiah mencelah.
Yer la kan, sakit laks hati mak dia buat mak cam tu. Nak berlakon pun, biarla berpada-pada kan. Masa papa takde tadi, perlu ker berlakon tak kenal mak??? Mak tak salahkan Kiah la dalam hal ni, mak bengang nga abang Az** mak tu jer. Kiah hanya melakonkan watak pelakon pembantu saja. Papa tengok jer gelagat mak. Mamposss la situ.
Tak lama lepas tu, abang Az** pun balik selepas menerima panggilan telefon daripada kawan dia la kut. Sikit pun tak cakap nak balik kat mak. Hmmm... ok. Kiah laks trus gi dinner. Tapi mak jenguk jugak ke bawah tu. Manalah tahu abang Az** ikut Kiah laks, tapi mak nampak, Kiah berjalan kaki sorang diri ke kedai makan. Papa pun sempat menjenguk ke luar.
Papa tetap bertubi-tubi menanya mak pasal abang Az** tu dan mak dengan keadaan control ayu, tetap mengatakan "bukan, itu orang lain, kawan Kiah". Papa cakap dia tak marah kalo mak terus-terang cakap sapa orang tadi tu, tapi mak tetap degil taknak bagitau dia hal yang sebenarnya. Last-last dia pun dah bosan nak tanya lagi.
Lepas habis TAR6, turn papa laks tengok "Gerak Khas". Mak taste ngan jantan bermisai dalam citer tu. Yang badan sedaps berlakon sebagai polis tu. Tapi papa cakap jantan tu memang pun polis in real life. Abang-abang melayu sangat dia. Tak ingat laks nama dia. Tapi memang nampak jugak dia berlakon agak kaku sket. Tapi perlu ker Norman Hakim dan Abby Abadi tu???
Malam semalam J datang umah dengan Poyo. Poyo laks akan bekerja kat company mak ni tapi di branch lain la. Dia dah kuar dari rumah Kak R the night before. Kak R halau, katanya. Lagi sket nak berlaku pergadohan antara seorang ponen (J) dan kak R, dengan adik bohsia dia tu. Kak R dan adik bohsia dia tu, awal-awal dah standby jejantans asks kat rumah tu.
Mak malas nak citer pasal apa diorang "bergadoh" kat sini sebab itu hal diorang, bukan hal mak. Mak pun taknak menyebelahi sesapa, sebab mak berkawan dengan J dan kak R skals. Tapi masa mak pergi rumah diorang malam tu, J yang suruh, mak tengok, taste gaks jejantans asks yang ada kat situ. Pas tu lepas dah letak barang-barang kat bawah apt tu, datangla lagi dua orang asks. Aiyooo... taste jugak.
Malam minggu yang lepas, mak gi open house kat rumah kawan J, Kamil.
Ramai gakk la orang kat situ masa kitorang sampai tu. Makanan pun okke. Zami tolong ammikan makanan mak. Amboiii... baik la pulak abang mak nih. Mak tak suruh pun. Zami cakap, kawan dia tu bukan ask, tapi polis (FRU). Mak tak taula dia cakap betul ker propah jer. Zami ni la ask yang pertama mak kenal yang cakap, dia baik ngan polis. Selalunya kan asks tak suka pols and vice versa.
Lepas ke open house tu, sementara nak tunggu ammik papa, kitorang balik ke apt. sewa mak dulu. Yerla, mak ngan J nak tukar baju. Kitorang kan berpakaian tradisional ke sana. Takkanla nak pakai baju tu ke ciksit laks? Zami and fren pun ikut skals. Tapi takdela kami nak buat apa-apa. At least, Zami dah tahu umah mak kat mana, so, kalo dia nak datang sendiri, dia leh datang. OKla tu kan, walaupun mak dah kenal Zami ni, mak tak pernah lagi onzz dengan dia.
Mak kasi alasan yang mak kena ammik kawan J, so, kami pun terpaksa la pergi. In other words, halaula diorang balik jugak. On the way to papa's, mak terpaksa singgah kat ciksit sebab nak jumpa sorang abang bekas army, yang mak kenal melalui 'faceparty'. Very the abang-abang one, and that was the firs time we met in person. OKla jugak abang ni... Mak berbual dengan dia kejaps, and then I had to leave him. Dia paham, sebab mak dah citer kat dia pasal papa, and dia pun cakap kat mak that he's married. Senangala kan...
Lepas ammik papa, kitorang gi minum kat tempat biasa di Kg. Baru. Ada sorang kawan J pun ikut skals. Ponen jugak. Masa kitorang sampai, very the ada sora-sora tak perlu. Papa laks macam nak gi bantai jer, tapi Poyo suh papa ignore jer la. That's papa. Dia kan pernah sound orang yg tengok serong kat kitorang depan-depan orang ramai. Mak laks yang suh dia cool down masa tu. Sebab tu mak suka kuar ngan Poyo & J bila ngan Papa sebab memasing berkapel kan? At least takde la segan sangat ke apa.
Kitorang lepak kejaps kat ciksit lepas tu. Tapi ada keta polis masuk laks tak lama lepas tu, so kitorang pun ingatkan nak trus balik la. Tetiba papa ajak gi Kajang laks, tengok peponens kat sana. Mak pun tak kisah sangat, so, kitorang sumer ke Kajang la.
Sampai kat sana, kitorang turun la keta kat tempat peponens cur. Aiyooo... trus kene halau nih dengan peponens kat sana. Kitorang bukan pun nak kaco line, dah sah-sah la kitorang datang ngan laki memasing. Peponens tu takla cakap directly ngan kitorang, tapi melalui Poyo, sebab Poyo kenal salah sorang ponen kat situ. Trus J sentaps katanya sebab Poyo kenal ponen kat situ. Last-last dalam keta Poyo laks tengking J sebab tak percaya kat dia. Kami diam jer dan trus pulang ke KL. Mak laks mengantuk sangat, tertidur dalam keta sehinggalah sampai ke apt. sewa.
Ahad malam Isnin laks, kami berempat gi ke open house Anne, kawan J. Dia buat kat tepi swimming pool condo tempat dia tinggal. Makanan pun sedaps. Anne cantik seperti biasa dengan baju kebaya ketat dan kain batiknya itu. Kat situ mak kenal ponen "As Petak". Cantik ok!!! Papa tengok pun teruja la jugak. Kak nammm!!! Muka As P ni memang petak. Macam muka mak (I mean the squareness), cuma mak tak buat dagu jer lagi. Mak suka baju kurung dia, very the simple tapi elegant. Dia cakap baju tahun lepas.
Selepas puas mengumpat dan bergossip, dalam pukul 11 lebih, kami terpaksa beredar sebab mak kerja kan esoknya. Sampai rumah jer mak trus cuci cikkap, and terpaksa memberi nafkah batin kepada suami. Lepas selesai sumernya, mak terus tidur kepenatan!!!
No comments:
Post a Comment