Hatyai Trip - Day One (Parte Uno)
Kawan mak kak Ram sampai ke rumah seperti yang dijanjikan, dalam pukul 11 pm. Nasib baik J ada kat rumah masa tu, sebab mak masa tu on the way dari menghantar papi balik. Kelam kelibut mak sebab tak habis packing lagi masa tu.
Dalam pukul 11.30 pm kak Ram dan kak Nita menghantar mek ke stesen bas Puduraya. Bas mak akan bertolak jam 12 tengah malam. Bila mak sampai tu, bas mak dah pun ada di platformnya.
Bila mak naik bas, mak nampak ada dua orang jantan duk kat seat depan. Sorang tu tasty gaks. Pas tu mak duduk kat belakang mereka... Sambil menunggu, ada jugak sorang anak ikan der tasty naik, and trus duk kat belakang... Napa la tak duduk sebelah mak yang kosong tu kan??? Bas nya yg 24 seater u ols!!! Comfy sesangs...
Takla penuh sangat bas tu, tapi kira ramai gak penumpang kan... Ye la... hari tu kan Khamis malam Jumaat Kliwon. So, tak ramaila orang Kedah yang nak balik ker atau orang KL yang nak gi melancong kan, kecuali mek!!! Hikk... *matila ko Ginger!!!
Mak rasa dalam lebih kurang 12 lebih sket, bas tu pun bertolak. Mak terkesima gak tengok bas yang dua tingkat ni... Syarikat Bas Durian Burung dan atas bas tu ada tulis "Kedah Maju 2010" (err... sempat ker???). Harusla bas tu ada kena mengena ngan negeri Kedah tu kan??? Cantik jer mak tengok bas tu!!! Lain kali mak ke Kedah, mak nak naik bas tu pulak!!!
Bila dah lepas tol Jalan Duta, mak terus terlelap. Sedar-sedar jer jam dah menunjukkan jam 2 lebih, dan bas tu dah sampai kat satu R&R ni. Mak tak pasti kat mana, tapi R&R tu siap ada taman lagi dan orang jual kat depan tu. Pukul 2 pagi pun masih menjual katanya. I think somewhere in Gopeng ke mana entah.
Mak pun mengambil keputusan untuk keluar dari bas tu... yelakan, mek nak terkucil laks masa tu. Tapi seperti biasa mek di dalam dilemma. Nak masuk toilet lelaks, ramai laks orang dalam tu. Nak masuk toilet peremp, tak kondifen laks. Walaupun mek konsep au-naturale, tapi dinch berbra la pulak!!! Mek tercegat agak lama di luar toilet tu... In the meantime, jejantans di luar dah mula memandang mek. Ada yang senyum dan ada yang siap mengajak mek join diorang minum. Tapi mak segan la pulak...
Mak ammik keputusan untuk walk around the place for a while... Kemudian mak balik semula ke depan toilet tu, and bila mak tengok, kat toilet kikilala takde orang, mek pun cecepat masuk, sebab toilet lelaks masih ramai orang di dalamnya. Ahhh... rasa lega bila dah dapat melepaskan apa yang terkandung di dalam pepundi mek ittewww. Aiyooo sesuatuh!!!
Mak pun berjalan semula di kawasan R&R tersebut. Sedang mak berjalan-jalan di kawasan parkir R&R tersebut, tetiba mak nampak sesuatu yang membuatkan mek terkesima u ols!!! Mak nampak ada kereta kebal askar u ols dengan trak askar skals. Apa lagi kan, mek pun terus la ke sana.
Mak tengok ada beberapa orang abang asks tengah sibuk di dalam dan di atas kereta kebal tu. Ni kereta kebal yang bertayar getah la u ols, bukan yang armored punya tuh. Macam nak pergi somewhere ni pepagi buta tuh. Tetiba ada sora sorang abang ask tu suh diorang jalan dulu. Tup tup... kereta kebal tu dah berjalan menuju ke highway tersebut dan hilang di dalam kegelapan malam tu. Mak kecewa u ols. Tapi trak ask tu masih ada lagi di sana.
Mak pun buat-buatla pose-pose tak cantik di depan trak tu. Abang-abang ask tu perasan, tapi macam endah tak endah dengan kehadiran mek!!! Aiyooo... halimunan ker mak??? Mak sempatla snap-snap kat area situ tapi tak sempat nak berkenalan ngang abang² asks ittewww. Diorang pun kebanyakannya tengah tidur lena, katanya. Yerlakan, dah jam 3 pagi la pulak kan.
Mana abang-abang asks ni??? Ohhh... tidur rupanya dalam trak tu.
Lepas tu mak trus masuk semula ke dalam bas sebab mak tengok abang² driver dah pun pulang semula ke luar bas tu. Mak sempat meminta abang driver tu supaya menurunkan mak di pekan Gurun...
Jam menunjukkan 3.40 am dan bas mak pun nak mula bertolak semula. Dalam setengah jam bas tu jalan, mak pun terus terlena dibuai mimpi yang indah... eh, apa mimpi mak pun tak pasti. Jaga-jaga, mak tengok dah jam 4 lebih and kami dah pun sampai di exit Sungai Petani (S). Kawan mek, Ginger der Halia (MG), suh mak call dia bila mak dah sampai exit SP, mak pun kol la dia.
Hmm... lama jugak dia nak angkat tepon nih... jangan dia propah ngan mak dah la kan... Dah la dua orang kawan kitorang der Miss Alasan Tak Jadi pergi katanya... Nasib baik tak lama lepas tu, mek dengar sora garau MG yang baru bangun tidur, kaedahnya... Mak trus memberitau MG yang mek dah sampai di SP. Dia agak terkujat sebab jam baru saja jam 5 mak dah sampei!!! Padahal bas mak bertolak jam 12 am!!! Laju kan???
Jantan taste dalam bas ekspress yang duduk di depan mek itteww... Kabur sket u ols sebab dinch pakai flash...
Bas tu memula berhenti kat SP turunkan orang... pas tu dia stop kat satu tempat ni, agak lama gakk. Pemandu bas tu turun sensorang jer. Lama la jugak.... N then meneruskan perjalanan. Mak pulak tak boleh tidur dah sebab macam dah sexicted pulak nak sampai pekan G itteww. Tapi sepanjang perjalanan dari SP ke G, tu jalan agak gelaps, so, ala2 seriau la pulak mek!!!
Tetiba sampai kat satu tempat ni (pekan) bas tu berhenti, terus bukakkan pintu. Yang kak namnya, abang driver tu tak cakap pun tempat tu kat mana, so mak macam nak taknak bangun jer dari tempat duduk mak. Orang² dalam bas tu yang dah terjaga waktu tu, sumer memandang ke belakang, nak tengok sapa yang nak turun. Last-last, nasib baik mak macam terdengar sora orang kat belakang cakap "Gurun", trus mak bangun ammik beg mak, and sempatla mak ucapkan trimas kat abg driver tu. Mak rasa bas tu on the way ke AS kut.
Mak tengok pekan G tu masih sunyi sepi lagi. Mak tak tahula pulak mak kat mana, tapi nasib baik ada beberapa orang yang macam tengah nak bukak kedai makan at the other side of the road, so, takla mak keseorangan di tempat yang mak tak kenali di pagi-pagi buta tu. Mak trus tepon MG dan mak bagitau lokasi mak... "errr... mak nampak tempat ni tulis "Klinik Kasut G" u ols," kata mak kepada MG. MG terus tahu dah mak kat mana... mesti selalu repair kasut heels dia kat Klinik Kasut tu kan??? Al-maklumlah jalan di G ni tak rata, so, bila jalan pakai heels cepat patah katanya... *matila SABO!!!
Klinik Kasut Gurun yang dikatakan tempat feberet Ginger membaiki heels nya yang selalu patah *matilah LOLLY!!!
Lama gak MG nak sampai... tapi mek sempatla ammik gambar and pose pose manja kat situ. Tetiba ada sebuah kereta ni (jantan di dalam), lalu depan mek and then berhenti kat depan sikit. Aiyooo... tengah usha mek ke apa tu. Tapi mek dinch berans la pergi kat dia, sebab tu kan tempat orang. Dah tu pulak pukul 5 pagi... MG pun sampai tak lama lepas tu... Aiyooo... bukan kemain keta MG nih... mentang² la keja di salah sebuah syarikat kenderaan terkenal di Malaysia ni... tapi, motiff keretanya model lain u ols??? *matila mak!!!
Kereta Ginger yang mewah ittewww... al-maklumlah gaji 5K *Matila mak*
Kami terus ker rumah MG yang terletak di sebuah taman. Rumah bujangnya agak sederhana... kucing tempang kesanyangan MG pun ada. Sampai jer kat rumah MG, kami berbual seketika sambil mak tunjukkan gegambar Miss Universe 2004 yang lepas kepada MG. Pas tu MG pun bersiap mandi-manda di perigi di belakang rumahnya, mak pulak terlelap di katil antiknya itteww!!! Sesudah MG bersiap, mak pula sekadar membasuh muka dan meletak compact di muka dan melukis semula kening mak yang dah 'hilang' ittew. Motiff???
Miss G pose manja sambil teman serumahnya, Kipas_Patah menonton TV (Astro kut?)
Kami bersarapan di R&R Hantian Gurun dahulu. Kelihatan ramai jejants tasty mek di situ, termasukla anak-anak ikan cleaner!!! Abang-abang Kedah naaa... terkesima mak kejaps. Tapi tetap mereka memandang kami berdua dengan jelingan tajam, ala-ala seperti nak jer merejam kami dengan batu jalan yang sedia ada ittewww!!! Mek sempat mengambil gambar Gunung Jerai dari situ... Nasib baik camera mak ada 10 X Optical Zoom uols!!! Kalo tak, mesti tak nampak sebab jauh la jugak...
Gunung Jerai jika dilihat dari Hantian R&R Gurun... cantik ok!!!
Perjalanan dari Gurun ker Bukit Kayu Hitam (BKH) memang cantik... Yer la kan, mek kan anak jatiniah kota, jadi tak biasalah nengok sawah bendang seluas alam kat tepi highway. Masa nak sampai AS, kami sajer jer la tepon si LEA nak kejutkan dia dari tidur, kaedahnya... Pas tu kawan kami Sally menelefon dan bagitau yang dia pun akan join we ol di HatYai keesokan harinya sebab dinch dapat cuti hari Jumaat tu. Kesian dia u ols... Dia akan mengambil bas malam tu dari KL terus masuk ke HatYai.
Bila sampai saja kami di BKH, mak tercari-cari gaks abg² asks atau PGA yang menjaga sempadan, tapi... NAN ADO!!! Mungkin disebabkan hari dah siang kut. Sebab dulu mak ngan Exora sampai kat situ sebelum pukul 6 pagi, so ada abang² asks menjaga sempadan. MG terus memandu keretanya melepasi imigresen Malaysia ke kedai jualan "Bebas Cukai" untuk park keta kat situ. Nasib baik dapat parking yang berbumbung, walaupun kami terpaksa berjalan jauh ke arah pintu masuk parkir tersebut.
Sebelum tu, kami singgah di Kedai Duty-Free tu, sebab MG nak tukar duit. Mak check-out jugak liquor kat situ. Aiyooo... memang murs-murs u ols!!! Kahlua botol besar tu cuma RM55. Tapi mak tak belila sebab kakak yg jual tu bagitau yang kena tinggal kat Siam lebih 4 hari, baru tak dikenakan cukai kastam u ols!!! Tapi tetapla dia pandang mek semacam...
On the way nak ke Imigresen Siam, tetiba kat tempat bayar parking tu, adala sorang jantan der tasty tengah jaga parking tersebut. Dia dah sesenyum dan main mata ngan mek nih!!! Mek pun trus berhenti and pergila kat dia.
Oh my gawd... cantiknya mata dia u ols!!! Light hazel gituh!!! Selalunya melayu kan kalo tak hitam, dark brown... tapi dia punya mata, kaler light light gituh!!! Apa-apa pun, kami sempat menukar nombor tepon... mak cakap nanti mak dah bals bals dari Siam, mak akan kontek dia. Mak pun terus mendapatkan MG yang sedang menunggu mak tak jauh dari situ. Kami segera ber cat walk melintasi 'neutral zone' dan trus ke imigresen Thailand.
Sampai jer kat sana, mek nampak sorang jantan ni tengah jaga kaunter isi depature form Siam tu... MAK OII!!! Melertsnya... mek trus ajak MG ke sana sebab mek nak tengok abang Siam tu dari lebih dekat lagi. Memang tasty u ols... Untuk 20 Baht, diorang isikan borang tu untuk kami. Kelakar laks nak upah diorang isikan, padahal form tu kan ala2 free jer kan and kita leh isikan sendiri... tapi takpala, kendo punya pasal...
Son, jantan Siam kendo yang segan dengan kamera mak yang 10X Optical Zoom... motiff???
MG sempat mempaparazzi kan abang Siam tu. Nama dia 'SON'. Mak pula sempat mendapatkan nombor tepon dia. Dia cakap hari minggu nanti dia akan ke Perak sebab ada perlawanan bola sepak. Dia boleh cakap melayu oke!!! Ingatkan dinch... Lepas habis bergurau senda dengan SON, kami pun trus chop passport dan meneruskan perjalanan jalan kaki kami ke arah taxi stand yang akan membawa kami ke bandaraya Hatyai.
Van yang kami naiki untuk ke Hatyai dari pekan Danok dekat sempadan
Orang yang kat taxi stand tu sumer terpana dengan kejilataan MG yang au-naturale ittewww... MG sempat menunjukkan gambar Miss World/Universe nya kat diorang. Lagila they ols terkesima!!! Mek bangga berkawan dengan orang secantik MG ni... Ke mana saja mek boleh menumpang akan kejelitaannya ittewww... Mek laks sempat snap-snap a few pics of jejantans yang berkeliaran di situ. Kami trus menaiki taxi (van sewa) menuju ke Hatyai... Harganya 50 Baht (RM5). Murs murs sangs... [bersambung]
No comments:
Post a Comment