Segmen Resepi : Ayam Masak Merah
Aiyoo matila mak assik buat segmen makanan plak lately-lately nih. Harap u ols dinch bosan dah la...
Mak takla pandai masak sangat, tapi boleh lite-lite. Normally, I will cook at home on weekends. Hari Ahad especially, for sapa lagi, papito lerrr... Papito sapa tatau??? *matila sapa yang tak baca arkib mek tak kenal sapa hikss!!!
Mak siap bawak kamera ke dapur nih semata-mata nak buat entry nih. Matila papito pelik napa mek siap ammik² pics sambil memasak, kan???!!! Hehehehe...
Hmmm... kali ni mak nak tunjuk cara² macamana MEK masak AYAM MASAK MERAH.
Of course la, lain orang lain cara nya... Ni cara hemm... Kalau sapa nak ikut, senang jer u ols... Mrasa...
OK... memula you need beberapa ketulans ayam yang sudah dipotong kecil. Suruh jer orang kat pasar tempat u ols beli ayam tu potongkan kecik². Kalau idak, mrasala potong sendiri ikut saiz memasing naaa...
Letakkan kunyit dan sedikit garam, dan gaul hingga sebati u ols...

Ayam yang dipotong kecil dan digaul sebati dengan kunyit dan garam
Pas tu, apa lagi... panaskan minyak dalam kuali... and apa lagi... gorengla ayam-ayam ittewww...

Ayam yang sedang digoreng. Hmmm... lazarts!!!
Takkan ayam takleh nak goreng kan? Senang sajor...
Bila goreng ayam tu, api janganla besar sangat u ols, nanti luar dah garing, tapi dalam masih berdarah!!!! *oopsss *matila tips
Goreng ayam sampai nampak 'golden' sket la... Janganla sampai terlalu garing ok??
Lepas tu keluarkan ayam dan letak ke tepi..
Hmm... masa u ols tengah goreng ayam tadi kan... mrasala potong beberapa biji bawang kecik (shallots), bawang putih dan halia... ikut la banyak mana u ols rasa nak or banyak mana ayam yang hendak dimasak ittewww.

Bawang kecil, bawang putih dan KB, oopss ginger I mean...
Ingat u ols buat masa ayam tengah digoreng, at least tak membazir masa nak tunggu ayam tu kan.
Sambil tu jangan lupa piula nak tengok-tengokkan ayam yang sedang digoreng tau!!! Kang hangus plak...
Bahan-bahan tadi dikisar u ols. Mak suka letak belacan sikit... dan udang kering also. *matila dah letak belacan, nak letak udang kering lagi kan? *oopsss!!!

Voila!!! Bahan² tadi selepas dikisar...
Lepas dah goreng ayam tadi tu, buangkan minyak sikit... Yer la kan, takkan nak guna minyak banyak sangat untuk menumis kan???
And then, tumiskanla bahan dikisar tadi... dengan rempah ratus...

Ni la antara rempah ratus yang mak guna semasa menumis
Dalam pic ni dinch ado bunga lawang... Mak dosi kehabisan katanya masa tu, kalo tak mak akan letak sekali. Bunga lawang tau tak??? Star anise dalam bahse mother tongue, katanya!!!

Star Anise atau Bunga Lawang...
Ok, campurkan sekali rempah ratus tu ketika menumis bahan yang dikisar tadi, sampai naik baunya...
Pas tu... masukkan cili boh u ols... Ikut rasa u ols la, kalau nak pedas, letakla banyak, kalau tak, letakla sikit sajork.

Cili boh katanya... *oops!!!
Tapi mak pernah dapat tips dari kawan mak... Kalau nak masak pedas/merah kita lagi ummpphh... guna cili boh tu sama banyak ngan bahan dikisar tadi tu. Kan...
Normally mak beli jer cili boh yang dah siap tu. Kalau u ols extra rajin... belila cili kering singgit, and kisar la sendiri. Ok?
Masukkan cili boh tu dalam kuali... and goreng sampai 'garing'.

Dah garing ker blom ni???
Mak sebenarnya tak berapa paham apa yang org tua-tua maksudkan goreng sampai garing. Garing tau bukan garit...
Bagi hem, macam mak tengok sampai dosi berminyak-minyak bahan tumisan tadi tu, mak rasa dah 'garing' la kut??? Ataupun sampai u ols ter'sneeze' katanya... Dah garing la tu jugak. Entahlaa...
Mak suka letak tomato sauce jugak masa ni... Yer la kan, mak tak makan pedas sangat. And tomato sauce juga akan jadikan 'kuah' kita tu, lagi 'merah'!!! Tapi ikut suka u ols la...
Dan jangan lupa letak air asam jawa masa ni ok.
Kemudian, tambah garam dan gula secukup rasa. Boleh letak lagi bila u ols dosi letak ayam ok???

Garam dan gula. Inipun nak letak gambar ka???
Kan... Sapa tak tahu garam dan gula, bunuh diri jer la!!! Hiksss...
Then, masukkan ayam tadi... gaulkan hingga sebati naaa....

Dah sebati ker belum???
At this point, rasa la masak merah u ols tu. Kalau tak cukup rasa, tambahla garam dan gula lagi. Ikut cita rasa memasing naaa...
And then, masukkan tomato, kacang peas dan raisins...

Tomato, Kacang Peas dan Raisins (Kismis)
Gaul sampai u ols rasa cukup masak la kan...
Kemudian, hidangkanla dengan hirisan daun bawang....

Ayam Masak Merah LeeZ
Hikss... lapar la pulak... Mak nak gi makan kejaps.... Sehingga kita jumpa di lain siaran... Selamat Mencuba naaa...
No comments:
Post a Comment