Monday, April 14, 2003

Abang Az** ni kan mengada-ngada tau. Mula-mula awal minggu lepas dia cakap dia nak balik kampung pada hujung minggu lepas. Mak cakap kalo dia balik kampung, mak nak gi VV sesama kengkawan gayboy mak. Dia cakap ok. So mak pun dah la plan ngan kawan mak Baby Elle sebab dia ada kad VIP masuk VV free. Tak kuaser la mak nak gi club GB kene bayar kan. And mak janji nak ammik dia malam minggu nanti.



Tiba-tiba, hari Jumaat abang Az** call cakap dia tak jadi balik kampung.



"Habis abang nak datang ke?" tanya mak.

"Napa? adik taknak abang datang ke?" jawabnya.

"Laa... apa pulak taknak abang datang, so saya cancel la dengan kawan saya nanti." Ye la kan, mak bukannya jumpa laki everyday, cuma borak on the phone jer almost every day.



Pas tu pagi Sabtu tu mak pun SMS la si Baby Elle pasal mak tak jadi pergi. Dan-dan abang Az** call mak petang Sabtu cakap dia taknak kuar malam tu, "demam" katanya. Apa lagi kan, mak pun melenting la (kononnya).



"Ye la, ye la, abang datang nanti." jawabnya bila mak ala-ala merajuk. Very der...



Sebelum jumpa abang Az** malam tu, mak sempat singgah di Transit. Masa mak sampai tu mak tengok peponens dah ada. Mak pun singgah jap, berborak ngan dia. Kat tepi toilet Esso tu ada banyak keta parking, jantan ramai, tapi pepuk*s pun ramai gak. Perlu ke?? Mak pun ajakla peponens tu pergi toilet kat situ. Jejantans kat situ dah mula memanggil. Tapi perlu ker nak respond? Mak terus masuk toilet, tapi peponens yang lain tak ikut lak. Kosser betul.



Bila mak kuar, mak tengok diorang kat pintu masuk Essomart tu. Diorang "marah" mak sebab masuk toilet sorang-sorang. Laa... napa tak ketuk jer pintu tu. Masa mak masuk tadi mak tak nampak pun diorang kat belakang mak, so mak pun terus kunci la pintu toilet tu. Kak nam kan??



Pas tu abang Az** call. Dia cakap dia tunggu mak kat tempat biasa. Mak susuh dia belikan makanan kegemaran mak kat kedai tempat dia tinggal tu. Dia cakap tak payah beli kat situ, beli kat area rumah mak jer. Mak cakap taknak, mak nak kat sana jugak. Dia cakap kedai tu orang ramai, so dia malas nak pergi. Dia suruh jugak beli kat rumah mak. Mak pun cakap, apa-apa la bang!!! Tapi yang bestnya, bila mak ammik dia, mak tengok dia dah bungkus dah makanan untuk mak.



"Haii, tadi cakap taknak beli kat sini?" Tanya mak bila abang Az** masuk keta.

"Karang tak beli kang, adik merajuk," jawabnya.



Alamakk... ni la nak buat mak sayang sangat kat laki mak ni. Tak kisah la dia tak berkereta ke apa, janji mak tak keluar duit masa dengan dia. Dia siap tuang minyak keta lagi. Jantan lain nak harap macam tu??? Kosser je. Mak pun takla mengharapkan sesuatu yang besar daripadanya, cukupla apa yang dia mampu beri kepada mak. Kalau orang dah suka kat kita, dan kita pun taste/suka kat dia, apa lagi kita nak kan?



Malam tu abang Az** tidur di rumah mak. Dia terpaksa balik awal keesokan harinya sebab dia kena bertugas esok paginya. Oh, indahnya percintaan...

No comments: