Thursday, April 24, 2003

Semalam mak mimpi sesuatu yang seram tapi kelakar. Mak mimpi mak kena rasuk, tapi mak sedar keadaan sekeliling masa kena rasuk tu. Cuma macam ada benda bujur seperti telur ayam di dalam badan mak. Benda tu kononnya benda yang rasuk mak la. Lepas tu kakak mak pergi bawa mak jumpa sorang jantan ni yang kononnya pandai ilmu-ilmu halus ni untuk menghalau benda yang "rasuk" mak tu. Lepas tu dia pasang lighter kat "telur" tu, and dia tanya "benda" tu dari mana dia datang etc. Dan bila dia letak api lighter tu kat "telur" tu, terus ada satu cahaya keluar dari dalam badan mak, and "telur" tu pun hilang. Lepas tu mak terjaga...



Bila mak beritahu Exora pasal mimpi mak tu, dia cakap ada orang nak buat jahat pada mak, tapi for some reason, mak macam ada "pendinding", so orang tu tak berjaya. Sesuatuuu, kata mak setelah mendengar "ramalan" E tu. Mak takde la nak percaya benda-benda syirik ni, tapi saspua jugakla kalau betul.



Hari ni pula, internet server at work down. Dah nak dekat² balik, baru ada. Very der. Tapi elok juga. Dapat mak habiskan kerja-kerja tertunda (bukan terlewat) yang mak perlu habiskan before this coming month end.



Ingat tak email yang mak paparkan semalam? Mak ada balas email tu. Ini dia balasan mak...



Azra Akin wrote:

Terima kasih kerana menghantar email ni. Kalau awak sampai sakit hati, tak payahla baca blog saya tu. Saya tak pernah

pun memaksa orang. Kalau awak taknak percaya , itu hak awak. Ye, memang saya sayang abang Az** saya tu, dan saya tak

terlintas langsung nak memainkan perasaannya.



Mungkin awak ni jenis yang mudah membuat andaian, itu juga hak awak. Tapi ingat, saya juga mempunyai hak untuk menulis.

Sekiranya awak tak suka, janganlah baca. Mungkin awak yang perlu diberi nasihat dan bukan sebaliknya...




Dan ini pula balasan yang mak terima daripada dia...



hey ponen !!!!



hapa yang ko leh nasihat kan aku, huh???? ko pun lagi teruk memandai nak nasihat kan orang. Wey, plse laa jangan nak prasan muka tu cantik sgt ok??? kalau orang macam ko nih, patut disimbah acid ajek ke muka....dapat jantan baik pun masih boleh cureng dasar ponen jahat!, sial! hamlau!!! caplong!!!! aku cuma kesian kat laki ko tuh, yang ko tipu terang2...tuh, agak nya ko ni bukan nyer bagus sangat cumer sebab ko pakai susuk...ko mandremkan sumer jejantan yang senyum sumer tertipu ngan pragai getik dan jahat ko tuh....

ko tu, aku rasa baik, balik umah dan pakai jilbab ..selamat dunia akhirat, ok???




Sorry, mak terpaksa paparkan emel hanjeng dia tu kat sini, sebab mak nak you all semua dapat membuat kesimpulan tentang jenis manusia yang menulis emel tersebut. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh seorang pembaca blog ini bahawa kemungkinan besar penulis emel tersebut pernah ditinggalkan oleh jantan yang dia tak pandai nak jaga. Mungkin...



Semalam, tiada panggilan dari abang Az**. Kosser jugakla. Tapi apa nak buat, mungkin dia ada hal atau selalunya alasannya bila tidak call, tertidur. Tapi tetapla mak akan lazer dia bila dia call mak malam nanti. Malam ni mak nak buat-buat merajuk ngan dia. Biar dia jenuh nak memujuk.



Semalam mak ke Scarlet di Star Hill, Bukit Star dengan kawan mak Baby Elle. Mak pergi ambik human hair mak yang mak hantar cuci plus set. Curl la rambut mak weekend ni. Mesti abang Az** tanya punya.



Mak ada ajak abang Az** ke pergi clubbing. Dia taknak, tapi mak cakap "sekali je, for me". Dia cakap ok, tapi tak tahu lagi bila. I mean, is that a good idea? Ye la, macam takde tempat lain mak nak ajak dia kan?



Kawan-kawan mak pulak sibuk suruh mak buat show kat VV. Mak cakap nak buat boleh, tapi tolonglah sponsorkan sikit benda untuk mak, like baju ke apa ke. Dah la buat tu free, make up mak punya sendiri, takkanla sumer mak yang kena tanggung?? Lain la kalau masuk pertandingan kan? Macam hari tu mak dapat tempat ke-3 (boleh la). Berbaloi jugak sebab dapat RM200 cash. Mak cuma perlu bayar RM30 untuk masuk contest tu.

No comments: