Wednesday, March 3, 2004


Dari Agenda Daily.com:



PARLIMEN DIBUBARKAN ESOK (KHAMIS)



Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu 'main silap mata sehari awal' bila mengumumkan Parlimen akan dibubarkan esok Khamis 4 Mac.



Ramalan popular sebelum ini menduga beliau akan membubarkan pada 5 Mac dan ada juga yang teka 6 Mac.



Perdana Menteri membuat pengumuman berkenaan selepas mengadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara pagi Rabu.



Beliau kemudiannya mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan seperti biasa.



Penggal pertama Parlimen dijadualkan mula bersidang Isnin 8 Mac ini.Berikutan pembubaran ini pilihanraya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.Adalah diduga pilihanraya akan diadakan sekitar 20 atau 21 Mac.




::::::::::::::::





Tak sabar rasanya mak nak mengundi. Mak suka sangat suasana menjelang pilihanraya. Dan mak akan menunaikan kewajipan mak sebagai rakyat Malaysia.



Teringat kat lagu "Marilah mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara..."

No comments: