Wednesday, March 10, 2004


Malam minggu lepas mak telah berjumpa dengan abang Az** di cik sit. Itu pun nasib baik dia yang ternampak mak and panggil mak masa mak keluar nak check keta mak sebab ada budak lakhanat baling buah mangga kat keta mak. Sial betul!!!



Ala... ni kes-kes bebudak hingusan yang mak ngan J tak layan kat sana tu la. Bila ternampak abang Az**, mak pun lambai kat dia suruh datang. Lama dah tak jumpa abang mak ni. Badan dia kurus sikit kut. Mak ajak dia masuk keta. Dia tak pernah lagi tengok keta mak yang ni, sebab masa mak jumpa dia the last time tu mak masih guna keta lama.



Abang Az** cakap kalau mak tak kuar dari keta tadi, dia takkan pasan mak. Dia pulak baru kuar dari toilet Shell depan Esso tu. Dia datang dengan kengkawan dia, naik keta. Tapi kengkawan dia pulak dah takde, katanya. Rindu lak mak kat dia, tapi takla rasa cintan cintun ke apa.



Dari Shell kitorang ke Esso menunggu kengkawan abang Az**. Lagipun J nak beli air kat situ. Abang Az** cakap adik dia ada sekali. Abang Az** ni ramai adik lelaki. Tak lama lepas tu satu keta ponen ni berhenti sebelah keta mak, pas tu sorang ciktan keluar dari keta tersebut. Abang Az** cakap itu adik dia. Hmm... muka lebih kurang, tapi mak tengok badan dia lagi sedaps daripada abang Az**. Tapi apakan daya, mak dengan abang dia.



Abang Az** nak cuba call kawan dia tapi tak ingat nombor tepon. Adik dia ingat and cuba call, guna HP mak, tapi tak dapat. Tunggu punya tunggu, diorang pun sampai. Mak pun park la keta kat sebelah keta kawan abang Az** tu. Tapi abang Az** yang drive sebab dia jer yang ada lesen di antara mereka tu.



J macam taste kat sorang kawan abang Az**. Mak suruhla dia borak dengan budak tu. Mak pulak duduk kat belakang keta (mak) dengan abang mak tu. Adik dia dengan kengkawan yang lain lepak dalam keta diorang. We had a somewhat serious talk. Yerla, mak terpaksa beritahu dia yang mak dah ada yang lain. Mak taknakla menipu dia kan. Dia cakap, dia dah boleh agak dah. Dia minta maaf kat mak bila mak cakap yang sumer tu kesilapan dia dulu. Mak cakap kalau weekends memang susahla dia nak datang rumah lagi, kalau weekdays boleh. Abang Az** faham.



Lama jugak kitorang berbual, sambil J pun melayan kawan abang Az** tu. Tengok-tengok dah jam 3 am. Aiyooo... nak kene ammik papa. J dah kasi isyarat gituh. Abang Az** cakap dia akan call mak Monday sebab dia rasa cam nak datang rumah mak. Mak tak kisah. Dalam pada tu, mak ternampak adik abang Az** keluar dari dalam keta, tanpa memakai baju t nya. Aiyooo!!! Badan dia memang cikpans. Tapi abang mak cakap adik dia tu dah kahwin anak dua. Errrk... Kawan dia dengan J tu pun dah kahwin anak satu. Sesuatu!!! Habis tu, abang dia ni abang Az**) tak kahwin-kahwin lagi? "Yerla, nak kahwin dengan adik, adik dah ada yang lain," kata abang Az** berseloroh. Mak cakap, mak mandul, takleh beranak. Dia cakap, takpa, anak angkat ada. Kami pun tergelak.



Mak cakap kat abang Az** yang mak kena gi hantar J sebab dah lambat. Dia pun nak terus balik, katanya. Dia faham, dia takleh ikut mak malam tu. Kesian lak mak rasa sebab the way mak layan dia, rasa lain sikit. Yerla, kalau tak, dah sah-sah dia ikut mak balik, tapi itu dulu. Abang Az** janji nak call mak on Monday.



Mak terus gi ammik papa dengan J. Ingatkan nak hantar J dulu kat BB tapi papa dah call tanya kat mana, so, mak bawak J skali. Mak cakap dengan J, mak akan bawa papa sekali ke BB. Sampai jer tempat selalu ammik papa, dia dah tercegat kat situ. Ah, rindu mak dah terubat. Lepas ammik papa, kami pun terusla menuju ke BB.



Papa akan ikut jer ke mana mak nak pergi. Harusla kan dia ikut cakap bini dia ni. Tapi mak ngan papa tak stay lama kat situ. Mak sempatla jumpa Yus, Kiah dan Kak Nita dalam BB tu dengan beberapa lagi kenalan mak. Mak menari ala kadar jer sambil papa tunggu kat luar. Dia lepak kat kedai makan sebelah BB tu. Yerla, mak ajak masuk, dia taknak. Lagipun kejap jer mak masuk, and then kuar. Minum jap kat situ, pas tu kami pun balik. J nak stay lagi kat situ, so mak balik ngan papa jer la.



Hari Isnin yang lepas, seperti yang dijanjikan, abang Az** telefon mak and nak datang ke rumah... [bersambung]

No comments: