Hari nih mak takla seceria berbanding hari-hari lain sepanjang minggu ni. Well... tak payah la nak sexplain, I think you all can guess the reason why. Maybe A busy kut smalam, so takpa la.
Semalam berbuka puasa di rumah Baha. Seperti kebiasaan, pergi ke pasah juadah Jalan Semarak. This time the trip was short. So takdela peristiwa-peristiwas menarik berlaku. Mak beli nasi kerabu (again), kuih cara berlauk and air soya. Kat sini nasi kerabu dia kurenggg (kurang sedap). Mak lagi suka yang kat Pandan Indah tu. Sampai umah Baha, living room dia punya lampu tak boleh menyala. Asikkla berkelip kelip, ala-ala kat Blueboy la pulak. Last-last pasang lampu kuning yang panas tu. Selalunya adik-adik drag lebih prefer lampu kuning dari lampu putih sebab muka nampak meletup di bawah lampu kuning.
Zuly lepas berbuka terus bergegas hendak balik ke umah emak dia. Dia beri tahu yang emaknya hendak pergi ke Carrefour membeli barang-barang untuk Hari Raya. Selepas dia bla, mak, Baha & Exora pun mempersoalkan kebenaran cerita dia. Kata Exora maybe dia (Zuly) nak pergi jumpa abang Bomba sebelah rumah emak dia. Mak selalu juga dengar Zuly sebut pasal abang Bomba tu. Hmm... ntahla.
Dalam pukul 9 pm , Baha ajak ke Carrefour Wangsa Maju. Nak beli lampu. Di carrefour orang pun agak ramai. Bila kitorang cuba call Zuly, boleh dia cakap dia tak jadi ke Carrefour. Haii... tadi beria ria cakap mak dia suruh balik nak pergi beli barang. Ni tak, dia kat umah dia. Sangkaan kitorang mungkin benar. Tapi kita diamkan jer dulu. And then on the way nak hantar Exora & Baha balik, kitorang pun made an impromptu plan, jom minum-minum kat MINDEF!!! Kitorang terus call Zuly, "Kau buat apa Jenggg???" tanya Exora kepada Zuly. Dia kat umah (katanya laaa). Bila kitorang ajak ke MINDEF, trus dia cakap ok, kejap lagi dia sampai.
Sampai di MINDEF kitorang pergi ke kedai yang betul-betul depan padang bolasepak tu. Ni bukan kedai yang selalu kitorang pergi makan masa sebelum puasa dulu. Kedai yang tu tutup sepanjang Ramadhan. Kat kedai ni ramai abanganda/ayahanda askar. Malam ni ramai pakai baju melayu. Samada pergi smayang terawih ataupun sembahyang jenazah untuk mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Taman Hillview semalam. Tuan rumah yang collapse tu kan bekas panglima ATM. Sebab tu la ramai askar yang tolong. Hmm... kat sana (tempat kejadian) sure meriah kan?? Ye la, ramai abang-abang askar, bomba, SMART dan penyelamat. Haruss merembess kalau pergi sana.
Kitorang just minum-minum and makan keropok. Bila Zuly sampai dah 11 pm. Lama gak kitorang tunggu dia. Bila kita tanya dia balik sebab dia balik umah dia, dia pun tersengeh sengeh. Hanjengg kan??? Memang betullah, dia pergi jumpa abang bomba tu and bukan bawak mak dia ke Carrefour. Hazabb!!!
Mak balik umah lepas tu, terus prepare untuk tidur. Tunggu the usual call, sampai terlelap. Mak terjaga bila HP mak berbunyi, tapi miss call. Bila tengok no. tu tak familiar (bukan A), so mak biarkan jer malas nak tepon balik (perlu ker?). Tengok jam dah hampir pukul 1.00 am. A pun still belum call. Mak pun terus tidur balik. Kossernyaa...
No comments:
Post a Comment