Wednesday, November 27, 2002

Semalam berbuka di rumah. Sudah lama rasanya tak berbuka dengan my mum. I mean ada la dalam 3-4 hari. Sebelum sampai rumah mak singgah beli juadah berbuka dekat dengan kawasan rumah. Mak beli kuih koci, karipap, murtabak dan air soya untuk emak. Masa berbuka mak cuma makan murtabak, kuih koci dan mcdonald's nuggets yang digoreng oleh emak. Ye, ini memang McD's nugget. Mak beli daripada budak office yang pakciknya bekerja di kilang membuat makanan mentah McD's. Memang sedap, rasa sama seperti yang kita makan di McD's. Cuma bila beli dari kilang, harganya tersangatlah murahnya.



Lepas berbuka mak ada banyak chores yang perlu dibuat. Kawan mak Jerry telah membelikan mak paint-stick Kryolan yang mak pesan petang tadi. Office dia berdekatan dengan tempat yang menjual barang tersebut. Kalau nak tahu paint-stick ni ialah sejenis foundation yang digunakan oleh professional make-up artist untuk show. Ponen-ponen yang buat show wajibs ada paint-stick. Bukan mak punya dah habis, tapi mak nak cari yang warna lebih cerah. Mak dah ada paint-stick no. 6 (1-12, 1 paling cerah, 12 paling gelap) dan 12. So mak pesan kat kawan mak beli yang no. 5. Harganya pulak dah naik... Dulu mak beli RM66, sekarang sudah RM72. Memang cekik darah. Diorang mampu berbuat begitu sebab kedai tu la satu-satunya kedai di seluruh Malaysia yang menjadi distributor produk Kryolan ini. Macam-macam yang boleh dibuat dengan paint-stick ini. Nak cover blemishes, parut, even cover susuk pun boleh. Dan finishing nya, Marvellous!!! Memang sehsuai untuk kulit ponen-ponen dan tahan lama, tak macam sesetengah foundation yang dibuat khas untuk kulit perempussy. Dan lagi satu kalau tak pergi beli cepat-cepat, stock diorang akan cepat habis, especially no. 4, 5, 6.



Perkara yang kedua mak kena buat malam ni, kena pergi ambil bungkusan popia simpul yang dipesan oleh my officemates dari rumah Kiah (bilik sewa). Mak cuma tolong orang jual benda tu. Dapatlah free dalam 2 kotak. Ok la tu. Yela memandangkan semalam merupakan payday, jadi memang good timing bawak benda tu ke office hari ni.



Sepatutnya mak pergi ke Care4 dengan Exora sebab dia nak ammik contact lense color honey dia. Tapi dia takjadi. Hmm... biasalah diorang tu suka tukar planlast-last minute. So mak pun call Jerry, nak ammik paint-stick tu. Dia cakap dia kat umah member, belum balik lagi. Dia suruh datang lambat sikit. Mak pun mengambil keputusan ronda-ronda kat KL jap dan mengisi minyak mak yang dah nak empty tu. Mak isi minyak di stesen Shell betul-betul depan kem Transit. Masa tu baru pukul 9.20 pm. Kelihatan abang-abang askar yang baru balik dari KL (shopping kut) berjalan ke pintu pagar kem Transit. Mampan-mampan... tapi mak tak termampu berbuat apa-apa. Lepas isi minyak mak pun fikir, ke mana ye sekarang?? Hmm... ke Jurassic Park la. Semenjak aktiviti dragoons ni bermula, mak dah JARANG sangat ke sana. Selalunya ke san, mak tak kuar keta. Mak tak suka ke tempat gelap yang penuh dengan gayboy² India yang tak sedar diri tu. Mak cuma pusing-pusing melihat money-boys yang ada kat sana. Memanglah kekadang tu muka hazab-hazab (tapi ada hati nak jadi money-boys) dan tak kurang juga yang very the pecah lobang, tapi mak pernah jugak nampak yang cans, muka kampung badan mampan kat sana. Tapi malam tadi pasaran sangatlah tidak memberansangkan. Sumernya kurus-kurus dan muka anak ikan sgt. Mak kurengg sikit dgn anak-anak ikan comel & kurus nih... Very the tak lalohh!!! Mak cuma berlegar-legar di sana.



Dalam pukul 10.30 mak pun telefon Jerry. Dia dah sampai kat rumah. Jadi mak pun bertolak la ke sana. Rumah Jerry tidak jauh dari rumah Yus/Kiah. So kira ON THE VAYY laa... Sampai jer rumah Jerry, rumah dia gelap, cuma diterangi cahaya lilin manja. Dia cakap rumah dia takde elektrik tapi rumah yang lain ada. Sebabnya tidak diketahui. Cuma yang affected apt dia dan apt di atas apt nya. Mula-mula ingat nak stay sekejap jer sebab dah lewat, tapi tak menjadi kenyataan. Kitorang pun boraklah pasal aktiviti masing-masing. Jerry kasi tahu mak yang lepas raya, dia nak buat trip cikcur ke PD. Mak suruh dia sewa apt. yang selalu mak sewa dgn BEZ kalau kitorang ke sana. Tengokla, mungkin mak nak ikut jugak. Dia pun cakap ada sorang kawan dia, Marissa, yang baru berkenalan dgn seorang abg polis mampan (main gym). Abang polis tu nak datang kat rumah Marissa and nak bawak sekali kawan-kawan gym dia. AIYOOO!!! Diorang nak adakan some sort of a sex party. Haruske mak ikut??? Kitorang borak pasal jantan, pasal cara nak makeup, pasal beli baju drag ... dan macam-macam lagi la. Tahu-tahu dah pukul 12 am!!! Since mak kena stop by kat umah Yus lagi, mak pun minta diri.



Sampai kat umah Yus, Kiah takde outstation. Yus tengah menjahit manik ke baju yang orang pesan. Dia ni kira pandaila jahit manik sumer. Tapi tak pandai jahit baju, cuma manik jer. Tanpa berlengah mak pun ambikla kotak-kotak popia simpul untuk dibawa ke office. Semua skali dalam 25 kotak!!! Banyak juga.



Sampai jer umah dah pukul 1 am!!! Mak baru teringat yang mak tak makan dinner lagi. Makan sikit lepas tu terus tidur...



Pagi ni bangun sahur terasa letih yaamatz. Ye la dua malam berturut-turut mak tidur after 1 am!!! Masa mak tulis blog nih pun ala2 ngantuk. Boring lak nak keja hari nih. Badan pun rasa sakit-sakit. Jangan nak demam dah la...

No comments: