Thursday, November 28, 2002

Pagi ni bila aku dikejutkan oleh emak, kedengaran azan Subuh dari surau berdekatan block aku tinggal. Errrk??? Rupa-rupanya buat pertama kali sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, kami telah terlepas bersahur. Emak tidak terjaga, aku pun tak. Padahal selalunya aku akan dikejutkan oleh HP alarm tepat pukul 5.00 am sekiranya emak belum terjaga. Mungkin aku penat sangat. Yela, mana tidaknya, sudah dua malam berturut-turut aku tidur lambat. Semalam pun tidur dalam pukul 12.30 am. Nasib baik aku telah pun berniat berpuasa sebelum tidur. Emak pula tak terjaga sebab semalam dia balik lambat dari surau sebab ada orang meninggal dunia semalam. Innalillah... Emak cakap dia balik pukul 2 am.



Semalam aku berbuka puasa bersama kawan-kawan PLU di Rahsia. Bukan tempat itu rahsia, tapi nama tempat itu Rahsia, terletak berhampiran Crown Princess Hotel, Jalan Tun Razak. Ramai juga yang datang, dalam 31 orang. Tapi tak semua aku kenali. Kebanyakan yang datang, muka mereka familiar cuma nama aku tak kenal. Tapi ada juga yang baru first time aku jumpa. Makanan yang disediakan boleh tahan. Ada nasi, lauk-pauk, kuih-muih, bubur, laksa, sup, rojak, fruits dan dessert. Berbaloi la juga membayar RM29 nett.



Seronok aku mendapat kad raya daripada kawanku Carey. Carey ni ponen juga tapi disebabkan mukanya very the perempuan dan badannya yang tak berapa besar serta suaranya yang macam perempuan, jadi kalau bila drag sebiji perempuan. Kalau tak drag pun macam perempuan dah. Inilah kad raya pertama yang mak terima. Bukan mak tak ramai kawan, tapi mungkin budaya memberi dan menerima kad raya sudah berkurangan di kalangan kami semua. Mungkinkah ini faktor usia?



Selain itu mak juga menerima kad jemputan kahwin kawan PLU mak, L. Bukanlah pelik bagi sesorang PLU untuk berkahwin. Yang pentingnya kemahuan, kemampuan dan pilihan masing-masing. Kawan-kawan PLU mak pun sudah ramai yang sudah mendirikan masjid, tapi yang ini penting sedikit bagi diri mak. Mak telah diberi kepercayaan oleh L untuk menjadi pengapitnya. I am honored, so to speak. Dia akan menamatkan zaman bujangnya pada 21 Nov 2002, di rumah pengantin perempuan, manakala di rumah dia pula pada Hari Natal. I am happy for him.



I have a few married PLU friends who still have sex with other men walaupun ada yang dah beranak-pinak. It's not a surprise. I bet many of you out there have the same type of friends as I do. But like I said, it's their choice. Pandai makan luar, pandai simpan.



Lepas buka, around 10 of us singgah di Yow Chuan Plaza untuk sessi karaoke. Kalau nak diikutkan hati mak, malas rasanya, sebab mata ngantuk dan badan lenguh-lenguh. Tapi disebabkan ajakan kengkawan, ikut juga la. Sempat juga la nyanyi 3 lagu. Inilah perbezaan yang amat nyata sekiranya mak kuar ngan kengkawan gayboy berbanding dengan BEZ. Jadi yang mana lebih sensasi???



Sampai office tadi mak call Baha untuk menanyakan samada dia ada call jantan yang kitorang jumpa di PD dahulu. Masa tu kitorang on the way back ke KL and singgah sebentar kat stesen Shell di PD. Hari waktu tu dah siang (pagi). Jadi mak cuma drag ala kadar je. Baha dalam keta mak. Zuly dan Exora dalam keta Zuly. Lepas mak keluar dari restroom, ada sorang jantan can do ni sedang berhenti di stesen tu, Muka memang lawa tapi rambut depan dia blond sikit. Ada janggut tapi janggut dia perang. Memang seksi. Dia datang ke kereta mak dan start berborak. Tapi dari segi caranya, dia lebih meminati Baha. Dulu dia pernah call HP mak, tapi masa borak ngan mak assikla tanya pasal Baha, so I get the point la kan. And then dah lama tak call, mak pun tak kosser nak ingat. Tapi semalam mak terjumpa balik no tepon jantan tu, so mak suruhla Baha call. Dia cakap dia dah call smalam, tapi kawan budak tu yang jawab. Baha cakap takpa la, yang berlalu biarlah berlalu. Sekarang kita cari yang baru. Petang ni plan buka puasa umah Baha.

No comments: