Friday, February 6, 2004


BALI TRIP - Day Five (Selamat Tinggal Bali)



25 Januari 2004...



Pagi ni bila mak bangun, mak rasa macam "sedih" sikit. Yela, mana taknya, today is our last day in Bali. Lewat petang nanti dah nak balik ke tanah tumpahnya "dara" mak, iaitu Malaysia.



Di meja sarapan, cerita yang hangat malam sebelumnya ialah kawan mak Eim bersenggama dengan Herman. Walaupun mak tak jumpa Herman semalam sebab mak dah masuk tidur bila diorang balik, Eim cakap, memang taste mak. Dia cakap dia puas hati dan hanya perlu membayar rp100,000 seperti yang telah dijanjikan. Eim cakap dia ikut cakap mak mengenai cara² nak mengambil "money boy" nih dan berhasil. Elokla tu, kata mak.



Sementara tu, Baby Elle pula membawa sekali Kadek, budak yang dibayarnya semalam, ke meja sarapan. Tak kisah la sebab kami memang dapat free one more person for breakfast. Selalu Komang yang join tapi mengikut kata Jojiena, kitorang dah tamat "kontrak" dengan pemandu mobil dah.



Tapi tanpa diduga, Komang pun datang. Mungkin si Fendi yang menyuruh Komang membawa kami untuk hari terakhir kami di sini, kata Jojiena. Nasib baik Komang dah makan, kalau tak, terpaksala Baby Elle membayar sarapan Kadeknya itu.



Kadek tu orang Bali so, ceknek tak suns la. Kecik jer budaknya, baru 19 tahun. Taste Baby Elle kut. Tapi Kadek tu boleh dibawa berbual, tak segan macam si Komang. Dia ada tunjuk gambar awek dia kat kampung. Dia tinggal kat sebuah bandar kecil di sebelah timur Bali.



So, memandangkan Komang datang, kitorang pun suruhla dia hantar ke Kuta Square lagi. Hoping that Pasar Kuta tu buka la, tapi kak nam sesangss. Tutup lagi!!! Aiyooo... mak tak beli apa pun untuk papa. Ada la beberapa kedai yang bukak berdekatan pasar Kuta tu. Tapi diorang very the kak nam. Dah tahu kedai banyak tutup kan, so letak harga tinggi nih tak boleh nak tawar.



Kitorang sempat jugak posing bergambar di tengah² jalan di pekan Kuta tu. Boleh ni, sumer orang tengok tau. Tapi apa kitorang nak kisah kan, bukannya ada sedara mara yang nampak ke apa.



Masa tengah sibuk berjalan mencari kedai yang buka, tetiba tinggal kami berlima saja melainkan Yus dan Kak Ina. Entah ke mana ntah mereka berdua. Kami berlima berjalan la kat area situ, ambik² foto. Tetiba kitorang sampai kat satu Hotel ni, "Melasti Beach Bungalows". Kawasan dia very the vasst gituh. Kitorang mintak permission kat front desk hotel tu untuk masuk ke dalam kawasan hotel tersebut. Setelah mendapat kebenaran, kitorang pun apa lagi, bergambarla kat dalam area tu.



Memang cantik kawasan tu. Setiap bilik hotel tu, macam sebuah detached double storey building. Bawah dan atas bilik berlainan. And setiap double storey building tu, ruang luarannya berlainan sesama sendiri. Tempat tu seperti biasala la, berkonsepkan taman. Penuhla pokok di kiri kanan and ada pond sekali. Besar jugak kawasannya. Mak siap cakap, ni nak shopping ke nak ammik gambar???



Lama jugak kami di dalam tu mengambil gambar. Yus dan Kak Ina tetap tidak kelihatan. Adala sorang pelancong pompuan mat sals dari Hawaii, dia pun cakap, "IT'S BEAUTIFUL!!!" Kami lupa nak tanya kat front desk tu beraps rege hotel tu semalam. Lagipun hotel tu jauh dari beach area. Lepas dah puas bergambar kat situ, kami pun terus pergi shopping semula kat deretan kedai yang "mahal" tadi tu. Yer la kan, apa nak buat, masa dah takde, dan tempat lain sumer tutup!!!



Di sana mak sempat la belikan beberapa utas rantai yang diperbuat daripada sea shells yang besau-besau, yang memang popular di Bali ni. Mak beli untuk mak, dan untuk kengkawan ponens mak macam Zuly, Exora dan J. PAs tu mak beli yang maskulin type sket untuk papa. Sampai ke hari ni papa masih memakai rantai yang mak kasi tu. Mak jugak beli beberapa helai kain hiasan untuk digantung di dinding rumah. Yus dan Kak Ina masih belum dijumpai.



Lepas dah puas beli barang yang tak seberaps tu, kitorang pun masukla ke Matahari. Pergila kedai muzik tu balik. Tengok-tengok Kak Ina dan Yus ada kat dalam tu. Mak sempat beli CD album terbaru Sheila On 7 (SO7) bertajuk "30 Hari Mencari Cinta". Murah jer regenya, cuma Rp35,000 (RM17). Mana nak dapat CD SO7 ori yang rm17 kat sini?? After that, we decided to makan sebab dah kelaparan.



Mula-mula kami ingat nak makan kat KFC, tapi lepas tu kami fikir lebih baik kami berjalan kaki ke hotel jer sebab it's our last outing kat Bali kan. Yus dan Kak Ina pergi balik ke kedai² jual barang tadi sebab nak ammik barang diorang kat situ. So kitorang pun berjanji nak makan kat KFC, tapi lepas tu kitorang terus jalan kaki sampai ke hotel tanpa menunggu diorang. On the way balik ke hotel tu ada McD's, so kami pun singgah makan kat situ. Sempat jugakla bergambar buat kali terakhir sebelum kami pulang.



Lepas makan kat McD's kami pun sambungla berjalan kaki ke hotel. Mak pulak sempatla mengambil gambar-gambar orang Bali kat tepi pantai, tapi mak malas nak pergi ke tepi pantai tu sebab nanti ada orang sibuk mengikut kita nak menjual barang, dsb. Rimasss. So, mak ammik gambar dari jauh jer la.



Tengah seronok berjalan, walaupun kaki sakit, Kak Ina dan Yus pun tiba dengan mobil yang dipandu oleh Komang. Komang berhenti, lantas mak pun mengambil keputusan menaiki mobil sebab kaki tak larat, walaupun dah dekat nak sampei ke hotel. Jojiena pun ikut sama. Yang lelain tu pergi bergambar di tepi pantai, tapi mak, Jojiena dan Kak Ina balik terus ke hotel.



Sampai jer di bilik, mak pun berehatla sekejap sebab ingatkan hotel bagi kami check out dalam pukul 4 pm. Masa tu pulak baru nak pukul 3 pm. Tapi tengah mak berehat, Jojiena datang ke bilik cakap hotel tak kasi extend, suruh check out immediately. Aiyooo!!! Nasib baik mak dah nak habis pack barang dah. Cuma tinggal nak freshen up and pack sikit lagi. Kak Ram masa tu tak balik lagi.



Setelah selesai semuanya, kitorang pun check out. Komang terpaksa buat 2 trip sebab bebarang kitorang lebih banyak daripada orangnya. Mak jer ada dua luggages dan satu hand luggage. Kak Ina sampai lima beg ok!!! Dengan lampu-lampu besar yang lelain tu beli lagi, mana nak muat satu trip. Mak kena bayar rp1,800 charge tepon. Yerla, mak call Chris dari dalam bilik mak kan. Tapi mak ingatkan lagi banyak, tapi sikit la pulak. Mak, Kak Ina dan Kak Ram naik second trip ke airport.



Sebelum ke airport, kitorang pergi ammik Fendi the tour guide tu dulu kat rumah dia. Sampai jer kat aiport, yang lelain dah menunggu. Sempatla bergambar dengan Fendi dan Komang. Pak Satpam kat airport tu muda and mampan, tapi berangan nih, nak ammik gambar taknak. Setelah selasai membayar airport tax, kami pun lalu di imegresen. Kali ni mak dah tak kosser nak menjantankan diri. Pak imegresen tu boleh lak nak menggatal ngan mak. Apa ntah dia cakap, mak kurangg dengar. Mak cuma senyum jer kat dia.



Kami sempatla lepak-lepak kat airport Ngurah Rai Bali tu sementara menunggu pesawat kami berlepas dalam pukul 7 pm. Kitorang ada jugak nampak sepasang gibeks (couple kut) nak balik KL satu flight dengan kami. Yang pentingnya, masa check in, kitorang check in sekali in a group, excess baggage kitorang ialah 48 kg ok. Lepas tu, Garuda crew yang can do yang layan kitorang pun telah memberi lebihan 3 kg setiap sorang, tapi tetap lebih 8 kg jugak tu. Dengan "godaan" Jojiena (walaupun dia tak taste kat budak tu), crew tu waived that extra 8 kg. Kalau tak silap excess baggage punya fine is RM100/kg kan?



Apa-apa pun, kami selamat sampai ke KLIA pada jam 10 pm. Landing jer kat KLIA, mak trus onkan HP and call papa. Boleh ni, papa ala-ala nangis sebab rindu kat mak. Yerla, mak takleh nak call dia masa kat Bali kan. Papa cakap, everytime dia rindu, dia tengok gambar mak. Sayang papa kat mama.



Masa kat dalam ERL muka memasing berminyak-minyak nih. Yerla, dengan penatnya, dengan tanned nya. Sampai jer kat apt sewa, mak lepak jap and then gi ammik papa kat rumah dia, sebab keesokannya mak cuti lagi. Mak pun rindu sangat kat laki. Yerla, seminggu tak jumpa. Malam tu mak tak cik tot pun dengan papa, sebab mak very the fenat gituh. But the bottom line is, we all had fun in Bali. Our next trip... Bangkok plus Pattaya, maybe Jan 2005.

No comments: