Monday, February 9, 2004
Dah lama rasanya mak tak cikcur. Yerla, semenjak balik dari Bali la pulak kan. Weekend after balik dari Bali dah Hari Raya punya celebration. So, hujung minggu lepas mak pun dragoon la.
Tapi kali ni mak kuar sorang sebab J pergi tengok pertandingan "Supermodel" kat Hotel Century. Ni pertandingan gibeks la bukan ponen/nyah. Tapi mak rasa da jugak ponen yang masuk gak.
Abang S, askar Jalan Ipoh yang married tu call mak tanya boleh datang ke tak. Mak cakap tak sure lagi. Dia cakap nak datang pukul 3 am ke atas, and I said, NO, NO!!! Yer la kan, mak ammik papa kan pukul 3 am. Mak beritahu abang S nanti mak call dia la kalo boleh. Abang S ni baru dapat baby boy kalo tak silap. Anak sulung. Dia orang pantai timur and wifey dia pun kat sana. Entahla kan, abang-abang married yang still nak proj ngan ponen. Mak tak kisah, tapi lately nih mak macam malas nak proj dengan dia la.
So lepas bersiap, mak pun drive la ke cik sit. Hmmm... takde orang. Mak singgah kat Shell Jalan Ampang tu nak isi minyak. Cashier kat stesen tu orang Bangels (Bangladeshi). Dia ni kira Bangels yang can do la, tapi mak tetap tak taste la dengan set² arek nih kan. Kalau mak isi minyak kat situ, dragoon, dia ni mesti suka semacam ni kat mak. Mak takla layan sangat. Perlu ker??? Sambil mak isi minyak, mak pasan la abang ask yang tengah duty jaga pintu masuk kem Transit tu pandang mak. Tapi mak cuma setakat pose jer la.
And then ada sebuah keta ayahanda ni pun isi minyak. Driver dia very the ayahanda la tapi kawan dia kat sebelah tu abang-abang taste. Kat seat belakang ada budak lelaki. Budak-budak la, mungkin anak driver tu kut. Anyways, masa diorang nak bla, ayahanda tu sajer je pusing kat belah mak, and then senyum semacam, mak buat tak tahu jer la. Tapi bila yang kawan dia yang taste tu senyum, mak pun mainla mata, buat ala-ala stail aishwarya rai, dia senyum jer. Ayahanda tu saja jer drive pelan-pelan tapi perlu ker mak "mengejar" diorang? Kalau berminat datangla kat mak. Lepas tu mak tak pasan diorang ke mana sebab mak sibuk nak gi ammik balance duit mak and kad bonuslink mak kat cashier Bangels tu.
Lepas isi minyak tu mak round la skali kat Gleneagles, mak pasan si ponen As tu. Mak senyum, dia senyum balik, ok la kan. Lepas tu mak pun round kat Esso tu tapi tak happening langsung so I decided to head to city center. Kat area yang slalu jam tu, kat jalan Sultan Ismail depan Sheraton Imperial tu, tak pulak jam. Macam kurang meriah laks KL skang. Mak pun menyusuri la ke JP, tapi mak cuma lalu belakang SOGO jer la. Pas tu adala keta anak² ikan yang kurengg gituh nak mengacau mak, tapi mak bo layan jer. Kosser sundel!!! Mak pun lalu gak kat chow kit tempat ponen chur tu tapi jejantans kat sana kurengg meriah. Mungkin masih awal lagi kut.
Lepas dah boring pusing KL, mak pun ammik keputusan balik ke cik sit. Tapi sebelum tu, mak sempat la tetengok kat Wisma B*ntara kat Mindef tu tempat mes askar tu. Tak banyak keta park lagi kat luar tu. Adala beberapa orang abang ask yang tengah tunggu kat luar tu, and adala pompuan berumur kat situ jugak. Since mak sorang, mak seganla nak pergi ke sana walaupun mak kenal abang ask kat sana. Mak pun terus keluar dari situ and ke cik sit.
Mak singgah kat sebelah Gleneagles tu. Mak tengok ponen As tu ada lagi. Mak park keta mak and lepak kat situ. Ponen lain tak kelihatan pada mulanya, tapi lepas tu mak nampak kawan mak sorang ni dalam keta dia park kat tepi jalan. Mak pun pergi kat keta dia and masuk ke dalam keta dia. Kami berbual kejap. Mak pun minta diri sebab nak ke toilet.
Masa nak ke toilet tu, mak pasan Zuly punya keta kat belakang keta mak. Dia pun pasan mak, mak tunjuk isyarat nak ke Esso, tapi dia macam blur-blur gituh. Dia dengan Exora. Masa mak sampai kat cik let Esso tu, ada dua orang puk* baru masuk cik let pompuan, pas tu sorang lagi masuk yg lelaks punya. So, mak pun kene la tunggu. Zuly drive by kat situ, tak berhenti pun, tapi sempatla melazer mak "Aiyooo cik cur la!!!" Kosser ponen tu tak berhenti tau, mak pun malasla nak suruh dia berhenti.
Lepas cik cing tu mak pun park la keta kat tepi car wash Esso tu, tempat biasa mak parking. Mula-mula takde sorang pun kat situ, baik ponen, baik jantan. Pas tu adala sorang jantan bermotor ni datang kat mak and tegur mak. Biasala, soalan-soalan nak berkenalan kan. Dari mana? Nak gi mana? Nama sapa? etc. Dia baru balik dari konsert Search kat Stadium Merdeka, katanya. Merdeka ke Negara mak tak ingat la pulak. Mak bengang gak masa ni sebab masa yang sama, adala trak polis tentera yang mundar-mandir kat situ. Abang-abang ask kat dalam tu dah memanggil mak dah, tapi mak takleh nak pergi lak kat diorang. Mak memangla nak gi naik trak askar tu. Last-last bila jantan ni dah bla, trak tu pulak dah takde. Kak nam!!! Biasala mak kan, suka kat abang² ask kita ni.
Abang-abang polis tentera ni suka buat "rondaan" kat area tu sebab area tu kan kawasan larangan untuk tentera. So, kononnya nak mencegah kegiatan askar la padahal diorang pun gatal jugak. Kekadang tu tensen gak, bila pada mulanya ramai ask kat area tu terus hilang bila diorang datang. Tapi abang polis tentera mampanzz gak. Eh, dah lama tak proj dengan abs pols tenters ni.
Sedang mak berbual dengan anak² ikan satu keta ni, kawan cik sit mak yang dah lama mak tak nampak, datang tegur mak. Nama kawan mak ni Sarah. Dia baru balik dari pertandingan "Supermodel" gb tu. Dia cakap takla grandiose sangat. Yang menang pun ala-ala jer, katanya. Sarah pun join la borak ngan jejantans tak perlu ni. Pas tu datang lagi sorang kawan dia join borak, and then mak ngan Sarah tinggalkan diorang and lepak tepi keta mak.
"Mana keta kau nok???" tanya Sarah.
"Laaa... ni la keta mak!!!"
"Aiyooo... bila kau tukar keta nok???" tanya Sarah terkejut.
"Bulan posa hari tu mak tukar la," jawab mak.
"Cantik nok!!!" balas Sarah.
Rupa-rupanya dia tak pernah lagi tengok keta baru mak tu. Yerla, mak pun dah lama tak jumpa dia kat cik sit. Pas tu mak tanya pasal kawan dia Suzee yang selalu datang dengan dia kat cik sit dulu. Barula mak tahu yang Suzee dah kene transfer ke Sabah bulan 9 yang lepas. Kak nam betul. Patutla mak dah lama tak nampak Suzee tu.
Sedang kitorang pose-pose tepi keta, datangla sebuah keta Kancil ni, park kat belakang car wash tu, jauh sikit dari tempat kami la. Pas tu keluar la anak-anak ikan mampan ni dari dalam keta tu. Sumernya memakai suar pendek. Beberapa orang dari mereka berjalan menuju ke dalam kedai Esso. Memang mampan-mampan diorang ni, dengan susuk tubuh yang tegap walaupun slim, and then kaki diorang very the muzzle one. Mak cakap dengan Sarah, ni mesti pemain bola ni, dan Sarah pun mengiyakan. Dia taste kat yang pakai baju oren sementara mak minat yang pakai baju putih belang hitam. Yerla kan kulit hitam manis, muka melayu kampung bermisai pastu dengan gaya ahli sukannya. Aiyooo merembes gak mak tengok. Yang pakai baju oren tu, tinggi orangnya, and berketul gak badan dia, dapat dilihat daripada baju yang dipakainya (ketulan di badannya).
Tapi diorang ni macam berangan laks, pandang-pandang tapi takde respond. Sarah ada gak memanggil manja si baju oren tu, tapi takde respond. Hmm... kosser la kan, pikir mak. Jejantans tu kembali ke kereta mereka. Tiba-tiba mak dengar jantan "sweet" ke arah mak, bila mak pandang, anak-anak ikan "bola" tu yang membuat bunyi tersebut. Diorang melambai, tapi mak kurang pasti diorang melambai kat sapa. Mak pun menunjukkan isyarat samada mereka memanggil mak ke tak, diorang mengangguk dan melambai ke arah mak suruh mak datang ke kereta mereka, aiyoooo, mak pun terus la menghampiri kereta yang dipenuhi oleh jejantans "bola" itu tadi... [bersambung]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment