Tuesday, February 3, 2004


BALI TRIP - Day Four (Hari Raya dan Beg Baru)



24 Januari 2004...



Selamat Hari Raya Kuningan. Ye, memang benar, orang Hindu di Bali sedang menyambut Hari Raya mereka yang dinamakan "Galungan dan Kuningan". Pada hari ini ialah "Kuningan". Hari Raya Galungan telah disambut pada sepuluh hari sebelumnya. Sebab tu la semalam kedai-kedai kat Kumbasari semuanya tutup awal sebab diorang nak sambut raya, katanya.



Pada hari raya Kuningan ni, diorang kena gi sembahyang. Tak macam masa Galungan sebab galungan is more for celebration, mengikut kata salah seorang penjual di Kumbasari semalam. So, Kuningan diorang kena smayang for two days. Tak boleh nak celebrate sangat, sebab tu kedai-kedai pun tutup dua hari. Aiyoo... mak tak habis shopping lagi.



Seperti biasa, Komang datang dalam pukul 10 am. Dia pun breakfast sekali. Oh, ingat tak kisah kawan mak Eim dan budak Budi tu. Budak Budi ni budak Bandung. Fendi, tour guide kitorang tu yang kasi nombor dia kat Jojiena. Yerla kalau-kalau ada di antara kitorang yang nak massage ke apa ke kan. So, malam semalam Eim kena sangkak ngan Budi. Dah la dia suruh eim belikan dia drugs, and then ada hati nak mintak duit lebih. Memandangkan Eim ni kurengg pengalaman mengambil so-called "money boy" and Budi tu macam nak bantai dia, dia pun terpaksa la mengorbankan duit yang sebanyak rp250,000 untuk "servis" yang tak seberapa. Kesian kan...



Tapi Eim tak boleh nak salahkan Fendi sebab si Fendi dah bagitau awal-awal yang dia tak pernah lagi kenalkan si Budi ni with his (Fendi) tourists. Tapi since Budi dah buat hal macam ni, Fendi pun cakap yang next time, dia takkan kasi lagi nombor Budi tu kat tourist dia. Yer la kan, orang nak tolong dia dapat side income tapi dia buat hal la pulak kan. Tapi yer la, kawan kitorang lak yang jadi mangsa. Masalahnya pulak si Eim ni tak tanya Budi dulu apa yang dia boleh buat, dan apa yang dia tak buat sebelum mereka dot dot dot. Dia pun tak reti cara-cara nak mengambil "budak duit" ni. Tu la kan, kenapa tak tanya kat mak jer... opppss!!! Errrk, itu citer lama la.



Pagi ni kami plan ke Tanah Lot. Sebab kat sana, ramai orang Bali (hindu) akan pergi smayang pagi tu sebab hari Raya. So, kitorang pun taknakla melepaskan peluang melihat diorang bersembahyang di sana. Perjalan ke Tanah Lot mengambil masa dalam 30 menit. Cuaca pagi tu, memang PANASS!!! Matahari terik di atas langit and kawasan Tanah Lot tu memang pun macam kawasan lapang, takde tempat teduh. On the way to the beach area (well I should not call it a beach, more like cliffs to me), ramaila kitorang nampak orang Bali dengan pakaian tradisional mereka membawa "offerings" ke pura yang berdekatan. Jejantans dia vey the taste ones, esp. dengan memakai pakaian tradisional mereka tu. Yang pentingnya, kaum wanita diorang boleh bawak baku besar junjung atas kepala tanpa memegangnya. Mak pun nak buat la, ala-ala macam nak belajar catwalk, letak buku atas kepala, pas tu jalan lurus, boleh???



The view in Tanah Lot. MAGNIFICENT!!! Tak boleh nak describekannya. Memang out of this world la. Mak, Kak Ram ngan Baby Elle jalan sekali sebab Kak Ram bawak payung besau. Yer la dek non, panas sungguh di sana yach!!! Mak memang tak tahan, tak boleh nak bukak mata luas-luas, sebab panass. Baby Elle lak dengan video cam nya. Sempatla mak pose ratu kat dalam video cam dia masa kat situ.



Masa kat one of the cliffs tu, mak takut sangat dengan Kak Ram yang ternyata sangat berani, walaupun dengan keadaannya yang tingkang-tingkut tu (kaki dia kan sakit). Siap letak bandage ni kat kaki, tapi mampu turun ke cerun curam tu semata-mata nak bergambar pose dengan ombak di belakangnya memukul pantai. Memang meletop gambar kak Ram tu, tapi mak tengok dia macam tak stable jer kat cerun tu, macam boleh jatuh jer ke bawah bila-bila masa jer. Mak terus lari beredar dari situ sebab tak sanggup nak tengok dia pose lagi kat cerun tu. Jojiena pun sama, kami menjerit "Takuttt, takuttt!!!" Adala dua orang fukey Indon ni (tourist gak) yang gelihati melihat telatah kak Ram tu. Terus mak cakap "Berani dia ya???!!!" Diorang setuju dengan mak!!!



Di Tanah Lot ada sebuah pura yang kiranya one of the biggest in Bali. Did you know that one writer have mentioned that in Bali, the are more puras than people??? WOW!!! Entah betul entahkan tidak. Mak rasa orang kat Bali ni macam kira alim jugak la in a Hindu kinda way. Samala macam orang-orang Islam di Jawa tu. Sebab tu la ramai yang sanggup datang dari jauh (other areas of Bali) ke Tanah Lot untuk bersembahyang pada hari Raya Kuningan tersebut. Mak dapat tahu hanya beberapa tempat jer orang pergi smayang pada hari ni dan Tanah Lot adalah salah satu daripada tempat² tersebut.



Ada sebuah pura (gambar sebelah) tu yang bila air pasang, kita tak boleh nak ke sana. Kena tunggu air surut, baru bisa. Tapi memang cantik. Kalau nak ke sana, kena turun dari atas tu dan pergi ke bawah, tapi mak tak larat sebab panas sangat. Mak, Kak Ina dan Komang, duduk kat sebuah "gazebo" kecil ni overlooking the area of the pura yang air tengah pasang tu. Memang canteQ!!! Sambil duduk-duduk tu, mak snap jugak beberapa keping gambar jantans yang mak rasakan menariks. Most of them tourists Indon kat situ. Perlu ker mak ammik gambar Japs, chinua or Buley??? Tak perlu ok!!! Mak cuma meminati abang² bermuka melayu sahaja ok.



Tak lama lepas tu kengkawan mak yang lain ajak bergerak. Mak pun berjalan la dengan keadaan kaki yang masih sakit lagi tu. Tapi mak heran ni, kak Ram sanggup ni turun ke bawah berbagai ke pura tepi laut tu dengan kaki berbalut. Dia lak dengan payung besau dia tu kan, so the datin-datin gituh. Dalam perjalanan nak ke parkir, kitorang singgahla ke kedai-kedai menjual baju dan sourvenir kat situ. Nasib baik bukak pulak kedai-kedai nih. Mak ngan kak Ina shopping skali. Mak beli kain sarong (batik Bali), dengan t-shirt² Bali. Nak kasi papa satu. Yer la kan, mak takde beli apa pun untuk papa. Kak Ina pun beli benda yang sama, tapi lebih banyak lagila kuantiti yang dibelinya. Mak cuma risau tak cukup beg jer nak letak bebarang mak nanti.



Dah la kepanasan yaamatz dan kaki mak yang sakit, tiba-tiba mak nampak Jojiena. Terus mak berjalan dengan dia, kak Ina entah ke mana. Kami keluar dari kedai-kedai tu ke kawasan parkir. Dengan cuaca yang terik tu, kami singgah kat sebuah kedai jual kudap-kudapan dan air!!! Kat sana banyak jual air dalam botol ala-ala nestea gituh. Ada yang berperisa buah-buahan, mak pun minum la tu. Rp2,000 saja. Dahaga sundel!!! Sekejap jer dah habis. Pas tu Yus pun sampai. And then Kak Ina, pas tu Baby Elle, Eim dan kak Ram. Komang pun ada kat situ, kitorang suruh dia hidupkan A/C (dipanggil AA-SAY, huruf A, disebut AA.. manakala huruf C disebut SAY di Indonesia) di mobilnya. Supaya dingin mobilnya bila kami sampei nanti.



Memandangkan kami nak shopping lagi, kami pun menuju semula ke Kuta, dengan harapan pasar di Kuta tu bukakla hendaknya. Sampai di Kuta, Komang park mobilnya di dalam shopping complex Matahari tu. Kami pun pergila ke KFC untuk makan lunch dulu. Mak makan sphagetti dan ayam seketul. Sedapss!!! Mana taknya, dah kebulur dah masa tu.



Lepas makan, kami singgah di kedai-kedai di tepi jalan di Kuta ni yang rata-ratanya banyak yang menjual barang-barang immitation. Walaupun kedai tu kedai berair-cond berbagai. Entahla, tapi mak rasa barang ori kut? Sementara tu, eim, baby Elle dan Yus pergi recce ke pasar Kuta, malangnya mengikut kata diorang, pasar sumernya tutup!!! Kak nam!!! Barula mak nak terhegeh-hegeh cari barang kan.



Disebabkan kami kepanasan, mak, baby Elle dan kak Ram, masuk ke Matahari tu sebab nak rasa air-condnya. Sementara tu Baby Elle masuk kedai muzik beli CD Sheila Majid yang mak cakap tu. Lepas tu kitorang lepak kat luar sana menunggu diorang. LAMA sungguh kitorang tunggu diorang yang lain tapi tak muncul-muncul. Mak sempatla beli air "Red Bull" kat supermarket Matahari tu dengan Q dia yang sepanjang-panjang alam tu. Mak kuar, diorang tak sampai lagi. Pas tu kami nampak Komang mengendong plastik beg dan beg luggage baru untuk diletakkan di dalam mobil. Pas tu dia datang kat kitorang lantas kami tanya Komang di mana yang lain. Dia cakap masih shopping lagi. Aiyooo... mak dan kak Ram very the kepenatan dah ni. Rasa macam nak tidur jer kat situ, tapi lepas minum "Red Bull" tu mak energize semula.



Mak pun apa lagi, terpikir la pasal barang mak yang tak cukup beg tu, terus mak ajak Baby Elle dan kak Ram masuk ke Matahari semula untuk beli beg bagasi baru. Last-last mak beli beg baru yang berharga Rp448,000 dan kak Ram pun beli satu lagi beg. Mak saja jer swipe guna credit card dengan kak Ram punya sekali sebab nak merasa swipe CC kat Bali ni. Yerlakan, bawak jer CC tapi tak digunakan. Mak suruh Komang letak beg mak kat dalam van. Kitorang pun balik ke hotel setelah semuanya ada. Memang penat sungguh hari tu.



That night is our last night in Bali. Macam sedih la pulak. Jojiena and Kak Ina decided to pergi massage Bali-style. Tapi memandangkan harganya kalau siap mandi lulur berbagai, hampir Rp300,000, manakala kalau urut sejam jer dah Rp183,000, mak pun tak jadi la. Kak Ram pun kalau tak nak jugak tapi sebab mahal sangat, dia pun tak jadi.



Malam tu, mak kak Ram dan Baby Elle, menyaksikan "Akademi Fantasi" versi Indon yang sama dengan "Akademi Fantasia" di Mesia. Yang kelakarnya, Baby Elle boleh menangis ni bila yang dia taste tu kena keluar minggu tu. Diorang pun tunjuk LIVE jugak. Tapi pengacara diorang, walaupun can do, tapi tetap tak boleh lawan si Aznil kita tu. Dia tak dapat nak membawa penonton menjiwai dan menyelami kesedihan yang ada masa peserta kena keluar tu. Memanglah ada orang menangis tapi takla seramai orang menangis kat sini. Tapi, pengkritik diorang memang first-class ok. Memang lazer selazernya. Kalah Kudsia.



Mengikut kata kawan mak yang kerja kat ASTRO, memang pun Indonesia telah membeli copyright daripada ASTRO untuk rancangan tersebut di sana. Kalau pembaca tinggal kat Johor atau Sabah/Sarawak, pasti dapat menonton rancangan tu di saluran "Indosiar". Sebelum AF tu mak sempat gak tengok citer Hindustan "Kabhi Kushi Kabhie Gam" kat cenel yang sama. Boleh, tengok Hindi tapi suara Indon gituh. Tapi bila nyanyi, suara Hindi balik. Very the pelik one!!!



Pada malam yang sama, Baby Elle telah diperkenalkan oleh Fendi dengan sorang anak ikan Bali, namanya Kadek. Jenis anak ikan cute la, bukan taste mak. Orangnya pulak kecil jer. Umur, 19 tahun ya. Baby Elle malam tu tidur dengan dia semalaman. Eim pulak mak dengar citer (sebab mak tertidur awal gak) lepas balik dengan Yus dari clubbing (diorang every nite clubbing ok), terjumpa pulak sorang "money boy" kenalan Fendi gak kat lobby hotel. Nama dia Herman, orang Jawa. Tapi Fendi ni memang dah cakap, Herman ok orangnya, so, Eim pun ammikla. Tak serik-serik kan?



Mak pulak malam tu tertidur kat bilik Baby Elle masa tengah tengok video kami yang diambil olehnya sepanjang trip kami, sampaila mak terjaga, mak nampak Fendi ada dengan Kadek. Jojiena dan Kak Ina dah pun balik dari massage. Lepas Fendi dah bla dengan Yus dan Eim ke club, mak pun sambung tidur. Memang penat yaamatz mak malam tu... [bersambung]

No comments: